Uncategorized

Akibat Menahan kencing Yang Perlu Kita Tahu

Assalamualaikum
Yang pasti ramai dikalangan kita sering menahan untuk membuang air kencing dengan sengaja ataupun tidak.
Sebenarnya ada keburukkan apabila kita menahan kencing nie.
Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.
kencing
Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.
“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.
“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitu masalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin.
Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran.
Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.
Makna warna air kencingAntara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah.
Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.
Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal.
Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.
“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya.
Ada 3 sebab utama kenapa kita tak boleh menahan dari kencing..aku share artikel yang aku baca nie.
1. Menyebabkan tersumbat ureter buah pinggangIni kerana urin yang mengandungi sisa tubuh tak langsung dikeluarkan. Doktor pakar penyakit dalam, Dr Hasyim Kasim SpPD-KGH dalam fajar.co.id menjelaskan ibarat saluran air yang tidak rutin dibersihkan, kotorannya akan membuat saluran tersumbat. Bukan hanya itu, kotoran yang tidak ke luar juga akan menimbulkan pereputan.

2. Jangkitan buah pinggangJika kencing ditahan berjam-jam dan jumlah kuman sangat banyak, maka kuman itu akan naik ke atas, ke arah buah pinggang. Hal ini tidak biasa, tetapi boleh terjadi. Akibatnya, boleh terjadi gangguan jangkitan pada buah pinggang.

3. Tempat Simpanan Air Kencing RosakApabila kita tidak melakukan buang air kecil atau kencing, maka ada kemungkinan zat-zat tersebut akan merosakkan saluran kencing kita. Apalagi bila air kencing mengandungi kuman. Semakin lama air seni ini di kandung kencing, semakin banyak kuman yang ada.

Melihat akibat yang ditimbulkan kerana menahan kencing, ketika merasa kencing maka segeralah untuk melaksanakannya. Sehingga zat yang berbahaya tidak berkembang dalam tubuh kita.
**Aku harap lepas nie aku akan abaikan tabiat nie..
Sumber :http://www.blogbisu.com/

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *