Uncategorized

Kek Coklat Kukus Made From Kisah Si Dairy

Assalamualaikum
Semalam sempat buatkan En.Husband kek kukus…Tak ler pandai sangat buat kek nie..
Tapi semalam bila godeh2 si google nie,ternampak la resepi yang ckup simple..Ini kali ke 3 aku buat kek kukus nie..tapi lebih simple kot…
Resepi kek Coklat kukus
saja-saja siram coklat denga bintang2 kat atas kek nie..nampak berseri sikit..
resepi untuk kek Coklat Kukus nie seperti di bawah ye adik-adik
Bahan A
  • 1 Cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 Cawan susu pekat
  • 1 Cawan minyak masak (xkisahlah minyak masak brand ape)
  • 1 Cawan gula (boleh kurangkan skit la..takut termanis sangat pulak kan..)
Bahan B
  • 11/4 cawan tepung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil bikarbonat
Bahan C
  • 3 Biji telur korang blend jerk..
Cara-caranya mudah jerk
  • Bahan A tu korang masukkan ke dalam periuk dan korang panaskan dengan api yang sederhana. dan kacau perlahan ye, jangan biarkan dia berketul2 occay..gaul sampai sebati dan takde kesan-kesan gumpalan koko tu ye.
  • kemudian korang masukkan bahan B dalam periuk dan korang kacau dengan api yang sederhana jerk..
  • Masukkan bahan C iaitu telur yang korang dah blend tadi..gaul semua bahan tadi.sambil korang buat tu,korang panaskan lah kukus kat sebelah tu..dan sediakan loyang yang sederhana besar…muat2 untuk kek tu nanti..
  • Lepas korang tengok adunan tu sebati dan tidak berketul,korang tapis masuk ke dlam loyang..of course kena tapis sebab takut ada yang berketul-ketul masuk dalam loyang tu,tak cantik pulak..
  • Last korang kukus selama 1 jam..nak pastikan kek tu dah masak ke belum,korang cucuk ler dengan lidi.Kalau lidi tu keluar tanpa ada sebarang lekitan kat lidi tu,maknanya dah masak la kek korang tu ye..
Last sekali untuk topping dia..(terpulang kat korang nak letak ke tidak…)
Bahan-bahan untuk topping

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
Masukkan dalam periuk,kacau dan biarkan likat sikit..pastu korang boleh curah kat atas kek kukus korang tu..nak sedap lagi dan cantik lagi menarik,korang taburlah coklat rice or bijik-bijik kecil macam kek aku tu.
Simple kan…so kalau aku boleh buat..korang pun boleh buat jugak.sebab aku kalau bab2 buat kuih nie memang failed..
Cik TB kata sedap…hahahahaha..
aku nak creditkan untuk blog Husna sebab aku amik resepi nie dari dia…

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *