Uncategorized

Terlaksana Sudah Hajat

Assalamualaikum
Selesai sudah kenduri kesyukuran dan juga kenduri arwah kat rumah aku..Hari sabtu tuari dah pun tertunai hajat En.Husband nak buat kenduri kesyukuran bersempena isterinya nie yang dah boleh berjalan semula..
kalau korang masih ingat tahun lepas aku mengalami patah kaki dan tak boleh berjalan dekat 7 bulan lamanya..
So en.Husband dah niat,kalau isterinya dah boleh kembali berjalan,dia akan buat kenduri kesyukuran.Walaupun mengambil masa yang lama untuk buat kenduri,tapi alhamdulillah terlaksana jugak..
Aku sengaja amik cuti hari jumaat sebab nak buat preparation untuk majlis esoknya..Yelah takkan nak harapkan mak mentua aku semua buat…nasib baik adik beradik yang lain pun balik jugak..barulah seronok kenduri tu..
Hari ahad diorang dah balik dah…al maklumlah semua bekerja…So terpaksalah pulang awal sedikit.Tinggallah aku ,en husband  dan mak mentua kemaskan rumah…Biasalah,lepas buat kenduri confirmlah rumah dah tunggang langgang..
Ingat nak Jumpa kak Mialiana hari ahad tu.Tapi disebabkan waktu mencemburui aku untuk berjumpa dengan dia,terpaksalah lain kali jumpa…kenapa aku nak jumpa dia…???hehehehe..saja jerk..kebetulan dia kata dia ada berhampiran dengan kawasan rumah aku…
hasil nukilan bebelan aku…sakit kepala dah mula menyerang nie..mybe sebab terlalu banyak minum nescafe..ha..padan muka..

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *