INFO

Kesan Kaffein terhadap Kesuburan Wanita

Assalamualaikum
Mungkin wanita sedia maklum tentang ini.Mungkin juga bagi mereka yang sekarang ini sedang merancang untuk mempunyai anak.Aku kaitkan entry nie sebenarnya dengan diri aku sendiri yang memang gemarkan nescafe..
Korang taulah nescafe tu kan sedap.Nescafe nie mempunyai kadar kaffein yang tinggi.Bagi wanita yang ingin hamil adalah tidak digalakkan sama sekali untuk mengambilnya kerana kajian yang dilakukan di Denmark terhadap 423 pasangan telah menyokong kajian sebelumnya.Kajian lengkap ini telah mengambil kira faktor berat wanita,pengambilan alkohol,penyakit dalam sistem pembiakkan,kualiti air mani suami dan kitaran haid wanita tersebut.
Kaffein juga boleh menyebabkan ketidaksuburan apabila banyak kajian mendapati kaffein meninggikan tahap hormon estrogen dalam darah sehingga berlakunya ketidaksuburan itu.
Memang dah banyak kali jugak aku terbaca tentang artikel nie.Tapi tetap jugak nak ambil satu packet dalm sehari..Pernah jugak dulu taknak biasakan minum2 benda2 nie..Almaklumlah…aku memang sekarang nie nak pregnant secepat yang mungkin…tapi Allah belum lagi nak bagi rezeki tu..mungkin ada sesuatu yang Allah dah rancangkan untuk hambanya ini..Aku hanya berserah sahaja..Tapi korang wanita-wanita di luar sana pun.kadang2 tak baoleh nak terima semua nie kan…macam tu jugak aku yang dah kahwin hampir 3 tahun nie..
Tapi selalunya aku minum nescafe nie hanya di office jerk..kat rumah takdelah…Cuma kadang2 bila pi makan luar or mamak tu adalah jugak…
Degil sungguh kan…hehehehe…
Sumber : sini
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE