Sharing

Pergi jua akhirnya…

Assalamualaikum
Begitulah tajuk cerita yang begitu menyayat hati aku nie.Pemergian adik Nur Sofea Insyirah Mohd Shahril selepas 3 hari di masukkan ke wad NICU Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Sedih aku mendengar berita-berita sebegini.Kalau rasa xnak jaga,janganlah dianiaya budak sekecil itu.Tatkala orang membuang bayi,mendera bayi,tahukan korang perasaan orang yang ingin mempunyai anak sendiri berusaha sekeras-kerasnya untuk mendapatkan itu..

Nur Sofea meninggal dunia selepas empat hari bertarung nyawa selepas mengalami pendarahan serta retak bahagian tengah kepala selain beberapa kesan lebam di lutut. 
Mangsa disahkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. 

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan mangsa tidak sedarkan diri sewaktu berada di bawah jagaan pengasuhnya pada jam 10 pagi Rabu lalu sebelum pengasuhnya memaklumkan kepada bapa mangsa Mohd Shahril Ahamad, 28, yang kemudian bergegas membawa mangsa untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Foto

KEADAAN mangsa ketika dirawat di NICU Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.


Namun, selepas tiga hari menerima rawatan, mangsa masih tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif dan hanya bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.
sumber :metro
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE