Nagging

Hukuman Sebatan & video itu

Assalamualaikum
Bertemu kembali di hari isnin yang indah..No Monday blues today ok..harap-harap tidak lah kan..Sebab monday blues nie bukan pagi jerk..Selagi tak tepat 12 malam still di panggil monday blues..Lainlah Morning Blues kan..
Kenapa entry aku nie tentang sebatan?Bukan sebab aku kena sebat ok..Tapi siapa yang sebat aku nie?
Entry hukuman sebatan nie takde kena mengena pun dengan aku.
Ceritanya adalah semalam,sedang aku bermuka buku,tiba-tiba adik aku ajak tengok satu video nie .Video tentang seorang pesalah yang menerima hukuman penjara dan 20 kali sebatan..
Bila 1st time tengok memang cool jelah,tapi bila dah part berbirat dan berdarah-darah di bahagian bontot banduan tu(sorry guna perkataan tu)Aku rasa bagaimana sakitnya kesakitan yang ditanggung oleh pesalah itu.Hanya dia yang tahu keperitan sebatan itu.Bila dah masuk  kali dia melaungkan Takbir”Allahuakbar”
Tapi kenapa masa melakukan perbuatan terkutuk tu,tak pula diucapkan perkataan tu..Bila dah dalam keadaan itu,baru teringat tentang kalimah itu..Aku pun tak taulah kalau lepas tu,pesalah mengulangi kesilapannya.
Aku pun tak tau samada,video tu patut disebarkan kepada umum atau tidak.Bagaimana untuk menyedarkan mereka?Mungkin cara menyebarkan video pesalah itu kepada umum,membuatkan mereka takut untuk membuat jenayah..Wallahualam.
Aku xnaklah share video-video seperti itu.Video-video seperti insyallah aku akan elakkan dari share kepada umum..Biarlah aku bercerita.Satu lagi  video yang betul-betul menyayat hati aku ialah satu video yang dilakukan oleh budak sekolah rendah mungkin,Kejadian di cyber cafe yang betul2 bagi aku satu perkara yang tidak patut dilakukan oleh seorang budak kecil seperti itu.Terus terang aku katakan budak sekecil itu sudah pandai beronani.Jijik rasa untuk aku mengatakan,tapi sungguh,aku rasa sungguh sedih dengan perkara sebegitu,Bagi aku,bukan lah 100% nak menuding jari kepada ibu bapa tentang itu,.salah satu punca juga mungkin kehidupan sekarang terlalu terdedah kepada perbuatan-perbuatan sebegini..Itu baru sekecil itu,mybe kalau dah besar,kemungkinan berlaku lebih teruk dari itu.
Aku tidak pandai untuk menasihat mereka,kerana aku sendiri tidak ada anak.Tapi insyallah.aku akan kana-kanak seperti ini,supaya tidak mengulangi kejadian-kejadian tidak diingini..Harap pihak2 bertanggngjawab spt di cyber cafe memantau juga aktiviti kanak-kanak..Jangan sampai terlalu terdedah dengan aktiviti kotor seperti itu..Nauzubillah..
Mood : MAsih terkejut dengan 2 video itu…
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE