Nagging

Jaga Hati sendiri

Assalamualaikum
Petang semua..Rasa macam jarang pulak aku buat entry..Nie semau disebabkan no internet servis kat office nie sejak hari selasa lagi..Tapi nasib baik aku sempat jugak karang entry kat rumah..Biasalah Pekerja a.k.a isteri.Tugas isteri nie bukan sahaja macam buat tugas pejabat.Masuk lapan keluar lima..
Selagi si isteri tak tutup mata,selagi tulah kerja dibuat.Itu belum lagi kalau ada anak-anak.Lagilah kira 24 jam.Nie entry bukan nak mengungkit tau..Cuma saja nak kongsi cerita dan nak tahu jugak kalau-kalau ada si suami yang suka menolong siisteri membuat kerja rumah.
Sebenarnya macam terasa hati dengan sindiran sang jiran yang cakap untung jadik aku.Semua mak mertua dah sediakan..Rasa mencantas ke jantung aku ni..Nak je aku terangkan dekat sang jiran yang aku bukan macam tu..Apa korang rasa bila balik kerja,dok tengok segerompolan sang jiran dok bercakap cakap sambil memandang2 aku.Dan salah seorang berkata demikian.
Tak semua pekerjaan aku serahkan pada mertua.kalau boleh semua aku nak buat untuk en.Husband aku nie.Tapi dimata orang,lain pandangan mereka.Rasa sentap di hati nie dah lama berlaku dalam hati aku nie,cuma aku perlu tabahkan hati.Memang niat aku untuk berdikari.Tapi bila fikirkan usia mertua dah menjangkau umur yang banyak,takkan lah aku nak tinggalkan dia hanya semata-mata untuk berdikari..Tak sampai hati aku nie..
korang rasa tak entry aku ni rojak…sebenarnya takde hati nak tulis entry.Tapi dah tertanam dalam hati jiwa dan raga sebagai blogger,mstilah rasa tak sempurna kalau tak menaip entry satu hari..
Tapi bukan niat aku untuk meminta simpati dari korang…Cuma meluahkan agar tak berbeku dlam hati aku nie..kuranglah kebencian aku terhadap diorang tu.
Sematkan dalam hati aku nie,biarlah orang nak kata apa,diorang tak duduk kat tempat aku,diorang tak bagi aku makan,dan diorang tak jaga makan pakai aku..Tapi diorang tu PEREMPUAN..
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE