my new baby born

Orang Baru Di Rumah Kami

Assalamualaikum
Alhamdulillah,syukur kehadrat Allah kerana dengan limpah kurniaannya,maka lahirlah seorang putera dalam keluarga kami.
Berkat doa dari ibu dan ayah untuk mendapatkan anak lelaki akhirnya tercapai..
Betapa terujanya aku pulak sebagai makcik kepada anak kecil ini,apabila mendapat berita tentang kelahirannya.
Dalam keluarga besar kami,memang kebanyakkan anak saudara perempuan.Ada 3 orang sahaja lelaki.Sekarang bertambahlah seorang lagi hero untuk dibuat gaduh.
Allah belum lagi mahu perkenankan doa aku untuk mendapatkan zuriat sendiri.tapi dengan hadirnya seorang lagi anak saudara,dapatlah aku menumpang bermanja sebagai ibu.
Sedih dan pilu tu memang tak boleh nak elak..Tapi apa kan daya,Aku hanya hamba ALLAH yang redha atas ketentuannya.
Tahniah untuk adik aku tu..xsabar nak tengok baby boy tu..mesti cute dan cantik macam papa ngan mama dia..I’m happy for you sis…

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *