dream house

Kunci Itu Milikku Jua Akhirnya-Part 1

Assalamualaikum
Kunci apalah yang aku dapat nie ek..Bukan kunci kereta atau kunci motor ye.
Alhamdulillah dengan berkat usaha sama suami isteri ,akhirnya Kunci rumah itu milik kami.Dan bermulalah hutang besar bagi  kami.Takpelah..tu dah dikira harta kami.
Pada dasarnya memang taknak beli rumah,sebab rumah yang kami duduki sekarang nie akan menjadi rumah kami jua.(kata mak mentua i ler).Tapi disebabkan rumah tu kecil dan 2 tingkat.Kami berfikir semula dari segi long termnya.Yelah,kalau kalau kami nie diberikan rezeki untuk mempunyai ramai anak,susah la nanti.
Paling penting bila adik beradik balik semua,kesian mereka dengan rumah yang kecil tu.
Yang paling kesian bila,mak mentua dah tak larat nak memanjat tangga untuk naik ke atas.
pinjam pakcik google
Atas sebab itu lah kami bercadang membeli rumah.Alhamdulillah rumah yang kami dapat tu,rumah tepi.
End lot jerk.Masa perumahan tu baru bukak,teringin jugak nak cari corner lot.Tapi bukan rezeki kami.Terlambat pergi ke pejabat tanah..Lagipun orang macam kami yang sederhana nie,amat susah la nak dapatkan corner lot..Nak tau kenapa..korang cari lah jawapan sendiri.
Rumah kami nie dah dekat sangat tempat aku bekerja.Tapi En.Husband jauh la skit.Tapi yang bestnya pagi,laluan ke tempat kerja En,Husband tak jammed.Jeles sungguh.
Fasa pertama pembelian dah selesai..Dah kena potong duit pun..hehehe..
Sekarang nie fasa untuk renovate rumah pulak..Memang kami taknak terlalu tergesa-gesa untuk renovate rumah tu,sebab rumah tu dijangka duduk dalam masa 2-3 tahun kot.Bukan apa,perumahan baru,xde orang sangat.Biarlah lama-lama skit..Lagipun nak kumpul budget lebih lagi.nanti boleh la renovate mengikut kata hati..Nak jugak….
Tapi en,husband dah sibuk cuci rumah,siap landing2 lagi dalam rumah tu.Nampak sangat keterujaan rumah baru..hehehe..selesa sangat lah..
Tak dapat nak upload gambar sbb Tab dah hbis bateri..esok-esok aku publish ye..suprise la skit
Fasa kedua dah dilaksanakan..korang nak tau ape die..nantikan entry aku ek..macam ler famous sangat ko!!

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *