INFO

Rumah Melayu Melaka Dan Keasliannya

Assalamualaikum
Cerita sikit tentang aku nie ek..Korang pun tau kan Melaka mempunyai pelbagai cerita  zaman dahulu kalanya.begitu juga tradisi-tradisi Melayu Melaka Nie.Bukan masuk part tentang cerita aku nie okeh!
Ha nie baru masuk partnya.Memang sebelum kahwin dengan orang Melaka nie,Secara serius baru dua kali aku pijak tanah Melaka.Tapi bila dah berkahwin dengan orang Melaka nie,Tanah Melaka pun dah boring dengan aku..heheh..memang dok kerap ulang alik Melaka la..
Nih aku nak cerita sikit tentang rumah yang selalu-selalunya kami akan singgah setiap kali balik Melaka ialah Rumah Mak Tua.Kenapa panggil rumah Mak Tua,Rumah nie kepunyaan Nenek suami aku.kiranya Maknya mak mentua aku..heheh..same jerk kan..
Kitorang atau orang Melaka panggil Mak Tua(nenek).Aku sempat la jumpa arwah sebelum kahwin 2 tahun lepas.Sehari selepas kami berkahwin,arwah meninggalkan kami semua.So berhoneymoon la aku di Melaka ni.
Yang bestnya,Kalau tak silap aku,rumah rumah disini pernah ditayangkan di tv tau.Aku tak berapa nak ingat cerita apa lagi ye..Yang aku ingat en.Husband cakap Sumpahan orang Minyak dilakonkan disini..
Rumah Mak Tua nie dekat je dengan rumah Demang Tu..alah yang cerita hang Tuah Bersaudara tu la…
Masa aku mula-mula masuk rumah nie,Rumah nie hanya dijaga oleh seorang ahli keluarga Demang yang kurang upaya..Dialah yang rajin membersihkan persekitaran rumah nie.La nie,telah diserahkan kepada Perbadanan negeri Melaka untuk diurus selia..Masuk dah kena bayar ok..
Kalau korang nak tau cerita sebenar pasal rumah nie,sila google..tu yang aku tau jerk.
Berbalik kepada rumah Lama Melaka nie,Aku dapat merasai bagaimana meginap dan suasana malam hari.Seronok walau nyamuk suka untuk mendekatinya.Terdapat ciri-ciri kemalayuan yang tinggi tau..Bukan diperbuat kayu yangdah diproses..Korang boleh tengok PIC kat bawah nie.Walaupun dah kelihatan usang,tapi masih kuat tau..Rasanya dah berpuluh-puluh tahun gaknya rumah nie..Aku lupa nak soal siasat.Rumah mak Tua nie,dah ramai pelawat dari negara asing..Tuari baru je balik pelancong dari Jepun.Tersipu malu kakak saudara aku yang menjaga rumah nie,bila pelancong tu nak amik gambo dia..hehe
Serius panjang entry aku nie kan
Gmabar nie tanpa di edit dan jugak di crop oleh aku..original gambar aku tampal untuk kroang ye.
gambar dari depan rumah nie

ciri-ciri rumah melaka ada disitu,,tetapi banyak yang diubah jugakla

sengetkan skit kepala korang..nampak tak kayu besar kat situ

aku lupa la apa nama orang panggil..loteng kot..sbb dekat merlimau nie dlu air naik..
sekarang depan rumah dah xde pantai.kalau korang nak tau tempat nie adalah di Merlimau Pantai..

rumah nie ibu tunggal yang duduk…
Kalau nak diikutkan..Rumah Melaka nie mempunyai tangga yang cantik-cantik macam nie
sumber google ye..
cantikkan tangga rumah nie
kalau nak tau lagi,belakang rumah Mak Tua nie ada Padi..Jadi taklah sekarang nie aku jakun kalau jumpa padi,..hehehe..Di bawah rumah Mak Tua nie ada satu tempat penyimpanan padi tau..Laa nie dah xde dah..
 sampai sini la yerk..kang panjang sangat korang taknak baca…hehehe..
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE