di pagi hari,  salam ramadhan

Syawal yang Makin Hampir

Assalamualaikum
Alhamdulillah…Hujan pagi nie.Memang lebat pun hujan kat sini…Wah seronok lah ye ada yang sudah bercuti tu.Aku last keje pun esok..Patutnya aku kena keje hari rabu tu,Tapi fikirkan nak buat persediaan ,terpaksalah mintak cuti jugak…nasib baik la hr bersimpati jugak dengan aku nie.Maklumlah tahun nie giliran aku pulak jadi tuan rumah..So kenalah buat persediaan awal…Al-maklumlah..perempuan kan..Banyak benda yang diorang nak fikir dah nak dekat-dekat raya nie.
Hari sabtu dan ahad lepas memang aku tak sempat nak update blog dan juga berjalan-jalan di blog sahabat handai…Cewah….ade ker sahabat handai tu..of course la ada kan..Semua yang komen kat blog aku,stalker ke..Semua aku kira sahabat  handai..musuh tu,insyallah,mintak jauhkan la..
Bila dah nak dekat-dekat nak raya nie,mood untuk kerja macam dah zero jerk…En.husband pun dah macam malas je nak bangun..hehehee
Hari sabtu dan ahad penat dengan kemas rumah,shopping lagi mana yang patut..Punyalah ramai orang hari sabtu tu dekat Jusco..nasib baik kami pergi awal..Taklah terkejar-kejar masa..Tu pun nasib baik sempat lagi berbuka puasa di food court jusco..Cadangnya nak berbuka kat luar la…tapi tak sempat..
Pada korang yang dah ondway balik kampung tu,berhati-hati ye..memandu dengan berhemah..Ikut laluan yang betul.Dan pastikan banyak rehat.Dah ngantuk tu sila-sila la berhenti ye..
Mungkin blog nie akan bercuti selama beberapa hari..agak-agak traffic dan pageviews menurun ke tidak…hehehe..Insyallah..kalau ada masa boleh jugak update entry baru..
Jom mulakan kerja dengan Bismillah..
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE