Uncategorized

Alkisah : Emel SPAM!!

Assalamualaikum
Aku memang suka membaca emel2 spam yang aku terima..Kekadang rasa nak maki jer sape yang bagi emel kat aku nie..Tetapi xdapat nak fikir motif yang sebenar mereka ini..
Mungkin mereka melakukan ini  step by step sehingga ada yang masuk perangkap mereka.Tiada manusia yang sebodoh ini nak bagi duit berjuta-juta ringgit untuk tujuan beramal..
Siapakah mereka yang menjadi dalang semua nie yerk..
Korang mesti baca nie emel..
Salam hormat.

Dengan izin dan limpah dan kurnia  Yang Maha Kuasa saya masih lagi berpeluang meneruskan hidup ini. Walau saya tahu entah esok atau luasa masa akan datang dan saya akan dipanggil untuk menemui yang Kuasa. Saya tahu hari demi hari kondisi tubuh saya semakin lemah dan penyakit lukimia yang saya tanggung semakin parah .Saya pasrah pada ajal dan maut tapi sebagai manusia ada hajat yang tidak kesampaian. Bagaikan tak terasa begitu cepat masa berlalu tannpa saya dapat mengejarnya Sebagai insan biasa di bumi ALLAH saya tahu saya tak dapat lari dari melakukan kesilapan .Hari demi hari berlalu dan saya tetap seperti dan doktor juga memberitahu yang saat itu semakin dekat.Seperti yang saya katakan saya reda Tiada apa yang tinggal hanya lah sedikit harta yang akan saya sumbangkan  untuk bantuan kemanusiaan kepada yang memerlukan dari saya dan juga allahyarham suami mandangkan kami tidak mempunyai pewaris.

Saya tidak mengharapkan apa-apa sebagai balasan cuma dengan izin ALLAH sedikit sumbangan yang akan saya salurkan ke jalan yang benar akan menjadi amal jariah untuk saya dan Almarhum suami insyallah. Dana simpanan kami sebanyak  £2,000,000.00 (Dua Juta Great Britain Pounds) telah saya berikan amanah dan kuasa kepada peguam saya untuk menguruskan hal selebihnya sehingga ianya dapat dipindahkan kepada pewaris saya yang amanah dan bertanggungjawab demi menunaikan niat saya dan arwah suami saya untuk membantu projek amal kepada yang memerlukan.Harapan saya ianya dapat dilakukan sebelum saya menutup mata.Semoga ALLAH  SWT  memberi petunjuk dan membantu kita bersama-sama melakukan amal jariah.Amin.
Sekian,

Puan Abida Binti Abdul Razak.
From: Malaysia.
Email: rabidabinti@yahoo.com
** kalau betul kau ada jutaan ringgit,xperlu nak emel bagai..sebagai rakyat Malaysia nie banyak saluran-saluran yang kau boleh pakai untuk tujuan menderma..
Aku bukan emosi,cuma terfikir motif diorang je ni.dan cara diorang dapat duit yang tak berkat..
penggunaan kau dan aku dalam blog ini,aku dahului dengan kemaafan…heheh…padahal dah lama guna…

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *