Nagging

Hari Isnin Tanpa Entry

Assalamualaikum
Rasanya tak lengkap kalau tak dapat nak update entry dalam sehari.Semalam langsung takde entry yang aku update.Semalam terpaksa bercuti kerana en.husband dalam keadaan yang tidak sihat.nak meninggalkannya rasa macam tak sedap hati pulak..
Actually sebelum tu ada perkara buruk yang berlaku.Jadi cuti semalam ada 2 perkara yang aku kena lalui.
Ahad
Dalam pukul 11 malam along aku datang bgtau anak nya lari dari sebuah pusat tahfiz.Bila anak saudara dah hilang.Hati aku nie dah memang tak keruan.Aku meng”offerkan diri untuk ikut sebab risau kalau along aku sorang je yang drive.
Along dapat tau anaknya lari dari pusat tahfiz tu bila ada seorang hamba allah yang baik hati telah jumpa anak saudara aku nie duduk di tepi masjid.Bayangkan budak 10 tahun lari dari pusat tu dalam keadaan gelap dan malam pulak tu.
Sebab dia lari kerana tak tahan dibuli oleh senior kat sana.kerap hilang duit,pakaian dan juga makanan yang dibawa anak saudara aku nie.
yang peliknya sehingga semalam pusat tahfiz tu takde langsung call untuk memberitahu along aku tentang anak saudara aku nie.
Bagaimana agknya pengurusan pusat tahfiz nie sampai anak saudara aku boleh keluar malam-malam macam tu.Sampai M*** dalam pukul 1 pagi.Terus pergi ke rumah Bilal yang jumpa anak saudara aku nie.
Katanya polis dah tau hal ini..Bilal tu bagitahu dekat along aku nie,Pusat tahfiz tu memang ramai budak yang lari..
pelik la..cer korang komen skit.
lepas ambil dia,kitorang terus balik sebab taknak la menyusahkan Bilal tu..Ucap syukur sebab yang jumpa anak saudara aku orang yang baik.Alhamdulillah..Kesian tengok anak saudara aku nie.hari nie baru along aku nak pi pusat tahfiz tu untuk selesaikan masalah nie.Dan anak saudara aku xkan sekolah kat situ lagi.
Balik tu,aku drive sebab along aku dah tak larat nak drive.Dekat 2 jam lebih la aku drive..Perghh..
sampai rumah pukul 5..dah memang ngantuk sangat mata nie.
nasib baik en.husband bersahur masa tu..Kesian dia tak sihat.Dan sebagai ganjarannya.Aku tak bekerja hari isnin tu untuk tengokkan dia dan hantar dia ke klinik.hari pun tak sihat lagi,Tapi dia nak pi jugak keje..
itulah yang berlaku semalam dan kenapa blog aku tanpa entry.
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE