Uncategorized

Pernah Tak Korang Menggunakan Ini Suatu Masa Dulu

Assalamualaikum
Wah!!.Dahsyat betul tajuk entry aku nie.Panjang mengalahkan isi karangan  perenggan pertama pulak.
Aku buat entry nie sebab tetiba terlintas dalam benak fikiran aku ni secara tiba-tiba.Dan ketibaan itulah yang membuatkan aku menulis Entry.
Sebenarnya semalam,aku round2 di sekitar perumahan dekat dengan tempat aku tinggal.Tetiba aku terfikir..mana benda nie..Dah tak wujud ke? Korang tau apa!!!
Public Phone
Aku teringat masa ketika dulu,mybe 3-4 tahun lepas.Benda nie lah yang paling aku cari-cari sewaktu zaman bercinta nie.Al-maklum dulu bercinta jarak jauh..Duit syiling tu aku akan kumpul dalam satu bekas kecil..Bila dah penuh bekas kecil tu.Tempat pertama yang aku tuju adalah Public Phone..
Tapi sekarang Public phone nie seakan-akan tidak wujud ditinggalkan arus zaman mungkin.
Dan hanya tinggal ini sahaja.
Sedikit masa dulu juga ada perbuatan vandalisma.Merosakkan segala public phone yang ada disekitarnya.
itu semua kerja -kerja orang yang takde otak kot!! Bila Emergency..sape nak jawab
Tapi lama-kelamaan Public Phone nie dah ditelan zaman..Di tempat aku sekarang nie dah tak wujud dah perkhidmatan awam nie.mybe sekarang nie penjualan telephone murah dan mampu milik,menyebabkan penggunaan public phone ini diketepikan.
Mungkin ada lagi la di bandar-bandar besar contohnya Kuala lumpur,Bandaraya Johor Bahru dan kawasan-kawasn bandar.Tapi dah kat kampung nie x wujud dah..entah la..
Zaman-zaman aku dulu,mana mampu nak pakai telephone..public phone tu jugaklah banyak berjasa pada aku.
korang rindu tak nak bergayut kat public phone lama-lama..Then tunggu giliran..Ade jugak istilah curi lain..Korang ingat tak…
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE