Uncategorized

Kisah Ramadhan itu Menghantui

Assalamualaikum
Bila mengingatkan tentang kedatangan Ramadhan tak berapa hari lagi,Hati ini betul-betul sebak.
Sebak bila meningatkan tragedi yang menimpa aku beberapa bulan yang lalu.
Saat tu aku rasa seperti aku akan seperti itu sampai bila-bila.Seluruh semangat hilang dibawa dek hari hari mendatang.Pelbagai perasaan yang datang pada aku bila aku memikirkan kehidupan aku ketika itu mengharap belas orang untuk menolong aku untuk makan dan minum.
Pengalaman yang aku rasakan cukup pahit walaupun pengalaman itu hanya sekadar persinggahan sementara dalam hidup aku.Mungkin tidak sepahit orang yang terlantar sakit bertahun-tahun lamanya.Tapi itu tetap menghantui diri aku.Bermuhasabah diri dalam kesakitan.
2 minggu sebelum raya,Petang itu dengan tidak semena-mena,Keluar dari bilik air,Aku tak tau kenapa aku boleh tergelincir sedangkan bertahun-tahun aku keluar masuk bilik air tu.Mungkin sudah ditulis nasibku ketika itu.Masa aku jatuh,aku ingatkan aku boleh bangun semula,Tetapi tidak kerana aku merasakan kaki sebelah ku tidak boleh bergerak.Aku panggil kakak ipar aku yang tengah memasak tu.Datang mak dan abang aku untuk menolong.Bila aku diangkat,Aku dapat rasa kaki aku sakit,hanya Allah yang tahu.AKu cuma ingat kaki terseliuh.Tetapi mak bagitau kaki aku patah bila melihat tulang kaki aku dah ternaik sedikit.
Sedihnya aku bukan kepalang.Mak terus mengangkat aku dan bawa kehospital.Betapa sakit kaki aku ketika tu.
Waktu aku dah boleh duduk di kerusi roda
Hari-hari yang aku lalui memang begitu perit.baru aku rasa apa yang orang lain rasa bila semuanya mengharapkan orang itu dan ini.Disepanjang aku terlantar,baru aku sedar,siapa yang boleh aku harapkan dan tidak..Bila sakit mestilah kita mengharapkan ibu yang menjaga kita.Aku tak mengharapkan orang lain menjaga aku..Tapi segala yang berlaku Biarlah Rahsia.TAkkan ku ungkit cerita itu walau itu mengguris hatiku.
Dan waktu nie aku dah boleh bertongkat.alhamdulillah.
Terima Kasih mak..Kerana menjaga anakmu ini..kaulah yang aku amat sayangi di dunia ini..
Kalau takde Emak…aku pun tak taulah apa akan jadi pada aku walau aku bergelar isteri orang.
Duduk di kerusi roda,mandi di kerusi roda,pakai pampers.,semua tu aku dah rasa..
“Allah merencanakan sesuatu disebalik hikmah yang akan diberikan”
Aku terima segalanaya yang berlaku pada aku suatu ketentuan dan aku Redha..Insyallah.
Insyallah moga kita berjumpa diRamadhan akan datang.

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *