Uncategorized

Ular Sawa??

Assalamualaikum
Kerana seekor ular sawa rumah aku dan jiran sebelah seperti sebuah pesta.Dan kerana seekor ular sawa aku xboleh nak tido malam tadi.
yang berjumpa dengan ular sawa nie adalah jiran sebelah rumah.Masa dia bukak pintu belakang ,terkejut dia tengok ular sawa yang besar tu tetiba menghala kerumahnya..
Wife dia terus keluar rumah sebab nak panggil jiran untuk tangkap ular tu.kebetulan aku balik dari kelas.Sampai je kat rumah ,terus die terjah aku mintak tolong panggilkan bomba.Sorry..bomba bukan untuk padam kebakaran aje OK!!..Husband aku pun cepat2 la call balai bomba untuk mengadu tentang Ular sawa tu.Beberapa jiran aku keluar rumah sebab dah dengan bunyi bising kot kat luar..Aku lah tu yang bising..ngada…hehehe…perghhh..gila punya besar ular tu..Dok 2-3 kali aku dok tengok ular tu..Nak datang dekat semua tak berani.Jiran aku ada orang iban,So dia panggil kawan dia nak tangkap ular tu.Bagi diorang ular tu boleh makan..Bila dah datang tu,kitorang tk berani la nak sruh dia tangkap ular tu sebab kitorang dah panggil bomba.Nanti salah pulak..Sape nak tanggung..
Kehulur hilir la orang masuk kerumah aku..maklumla…rumah taman…mana ada laluan tepi,jadi rumah aku dengan rumah sebelah la jandi mangsa..Tapi aku xkisah pun..Bukan senang nak berkumpul macam tu kan…
Dengan anak-anak jiran yang riuh rendah dok tengok ular tu..Tapi Ular tu rileks jer muka..tak takut langsung.Sementara nak tunggu bomba datang,ramai la photographer tak bertauliah ambil gambar.termasuk aku..Memang ular tu dah kekenyangan gaknya..Tak bergerak langsung.

nampak tak betapa panjang dan besar ular tu.Actually dah 2-3 ekor ular kecik2 jiran dan mak mentua aku dah bunuh..mybe nie mak dia nak menuntut bela kot..takutttt…
Panjang tak karangan aku nie.Agak-agak dah 360 patah perkataan belom??cer korang kira…
Ada buat rakaman masa bomba tu tangkap..tapi rakaman tu menunjukkan aksi yang ganas bila semua orang lari bertempiaran bila ular tu tetiba melenting masuk ke longkang..memang xdpt ape la nak tengok kat video tu..Dah malam tu aku tak dapat tido sebb rase cam terngiang ngiang tengok ular tu..tak pasti betul ke tak ayat terngiang-ngiang tu..
nak sambung rehat setengah jam..topup malam tadi punya..agak kebizian nak blogwalking hari nie sbb ada audit..leceh betul la..
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE