Uncategorized

Kisah Seorang Pakcik Tua

Assalamualaikum
Sebenarnya dah lama bersarang dalam kepala otak aku nie untuk buat entry tentang pakcik tua tu.
Setiap kali nampak dia memang hati aku nie sebak dan kadang kala beribu persoalan timbul di benak aku ni.
Untuk menaip setiap perkataan untuk melambangkan pakcik nie juga,aku rasa seribu kesedihan singgah di naluri kewanitaan aku nie.
Sebelum tu aku nak tanya kat korang,Apa perasaan korang apabila melihat seorang pakcik tua yang dalam linkungan 70-80 tahun berbasikal mendaki bukit,kemudian menolak basikal tuanya itu untuk melintas laluan jalan yang begitu sibuk?
persoalan yang timbul dalam fikiran aku
  • Pakcik nie duduk mana?
  • Dia takde anak ke sampai kena kerja sejauh ni
  • Pakcik nie kerja kat mana?
  • Kenapa pakcik nie kena bekerja di usia sekarang nie
banyak lagi lah yang aku fikir..
Perjalanan pergi dan balik menaiki basikal sejauh 7.1 km.agak-agak lah.Apa yang korang rasa.
Kekadang aku macam nak turun dari kereta then nak tanya pakcik tu kenapa pakcik keje..pakcik kan dah tua.Mana anak2 pakcik…tapi apa orang tua tu akan kata kan..“giler ke apa budak nie”
Bila melihat orang tua tu,aku terus teringat orang tua aku di kampung.Alhamdulillah.mereka tidak perlu bekerja teruk seperti pakcik nie.Walaupun pekerjaan ayah agak berat,tapi sedikit sebanyak mak boleh tolong meringankan bebanan ayah kerana mak penerokawati.Alhamdulillah..walaupun kami tidak kaya tapi cukup makan dan pakai..
Tapi pakcik tu…hanya Allah swt.sahaja yang tau.
Setiap kali aku berselisih dengan pakcik tu,aku akan melihat muka pakcik tu,dan aku selalu berdoa  moga pakcik tu sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.hanya itu yang mampu aku tolong untuk beliau. Bila aku tak nampak pakcik tu,mesti aku tertanya -tanya..sihat kah pakcik tu? kenapa dia xde hari nie..macam mana keadaan pakcik tu.
ihsan dari pakcik google
sesiapa yang duduk jb pasti korang tau betapa jauhnya berbasikal dari taman kota masai pasir gudang hinggalah port pasir gudang.kalau korang naik kereta mungkin tak terasa jauh kot..
Insyallah..kalau berkesempatan aku akan curi2 ambil gambar ye..
Nota Dairy : segmen aku akan dilancarkan tak lama lagi…tungguu…

Mommy Blogger For any Advertorial | Sponsor Post | Product Review | Food Review | kindly email me at sitirohaida81@gmail.com

No Comments

  • ♥ Mrs. Secretary ♥

    I pun pernah jadi situasi mcm u jugak.. tapi situasi i bukan pakcik tp nenek.. sayu jer hati setiap kali balik kerja nmpk nenek tue tgh membasuh pinggan kat belakang kedai makan..I terpikir jugak nenek tue tak dak anak ker.. mmg sedih sngt.. takut jugak jadi mcm situasi nenek tue bila dah tua nanti kalau anak2 lupa kt kita..huhuhu

  • Mieza Jhaa K

    Terus rasa sebak nak menitiskan air mata..kalau orang tua mmg cepat simpati dan sedih..lagi2 bila tgk org tua meminta sedekah..Ya Allah pilunya hati ni..rasa nak nangis terguling-guling kat situ jugak..

  • Fiza Rahman

    Dpt membayangkan mcm mana keadaan pakcik tu.

    Saya pon sedih bila tgk makcik2 yg jual kerepek kat kedai2 makan. Dgn bawak bag plastik besar. Rasa bersalah klo tak beli…huhuhu…

  • Mizz Aiza

    arwah opah akak sebelah ayah masa tu dah berumur 81 tahun, anak2 tak bagi dia kerja.. tapi dia kata bosan duduk di rumah sebab dah biasa bekerja.. dia keluar juga pergi menoreh getah.. pelik jugakan..

  • Bin Muhammad

    Fikirkan positif…mungkin pakcik tu xsuka duduk rumah, mungkin sunyi atau bosan kesorangan atau lebih suka bekerja kerana ianya memberi kepuasan dan keseronokan buat dirinya. Dengan berbasikal pula, ianya memberi senaman utk kesihatan diri. Doakanlah yg baik-baik…

  • mrs mell

    dulu.. sy menangis tiap kali blik dr asrama tengok ayah yg kurus kering meniaga tepi jalan.. sesungguhnya.. dengan rezeki itulah dia sekolahkan kami adik beradik.. tnpa pernah meengeluh.. sedih.. now, xkeja dah.. anak2 semua dah besar..

    situasi pkcik tu pulak.. salunya org tua ni xleh dok diam.. tu yg berbasikal kot..

  • Nana Liena

    orang tua pun berkorban utk teruskan kelangsungan hidup..yg muda mudi mengharapkan si mak ayah..huhu.. kesiannya tolak basikal..macam kat tempat saya pun ada juga macam tu..naik basikal ada raga isi dengan sayur kangkung.tak tahu jual di mana..pagi2 mesti ada..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *