Sharing,  Tips

Handphone klon Atau Original

Assalamualaikum
Cerita nie bukanlah nak jatuhkan bisness sesiapa pun..Just nak bagitau pendapat aku yang tak seberapa nie
Sekarang nie kalau korang tengok,banyak sangat handphone ataupun gadjet yang diklonkan.harga memang la jauh lebih murah dari yang original.kalau korang tak check betul-betul memang susahla..Takut kena tipu jerk.
Kekadang ada peniaga tu, yang menjual barangan Klon dengan harga original..Tak ke Naya kat orang yang membeli tu.
Aku,kalau setakat baju-baju atau aksesories tu,memang tak dinafikan, ada jugaklah yang aku beli.
Tapi kalau handphone aku akan pastikan beli yang original sebab handphone nie,nak pakai lama.
kot-kot la beli yang tak original,tiba-tiba pakai dah rosak..Dah nak kena beli yang baru.Bila beli yang original nie,memanglah mahal.Ada yang masih tak mampu untuk membeli gadjet mahupun handphone kesukaan mereka yang terkini dan popular sekarang nie.
Aku pun tak mampu jugak nak beli gadjet yang original.Dulu pernah masa gaji kecik je,Aku sanggup bayar bulan-bulan untuk mendapatkan yang original,nih..Blackberry aku nie..hehe..lama jugak beli..
Dan Paling latest aku beli Samsung Tab 10.1(bukan nak riak)Aku kumpul duit skit-skit sampailah ckup duit terus beli…hehehehe..ngada..
Nak dijadikan cerita petang semalam,ada sorang staff kat company aku keje nie,suruh aku jualkan or tanyakan sesiapa yang nak beli samsung S3 klon berharga rm300.So,aku mintak la nak tengok macam mana rupa yang klon..Aku boleh describekan taklah berapa bagus dari yang original.Sebab adik aku guna S3.So,aku dapat taulah perbezaan nya.aku cuma layankan jelah sebab taknak menyakitkan hati dia.Ayat yang nice-nice bagi kat dia..hehehe.
Tapi aku taklah menyekat korang dari membeli gadjet klon tu..ikut pada korang..Sebab ini adalah pandangan aku.
Yang penting,kena berusaha untuk mendapatkan yang terbaik kan???
So..Ape kata korang?
kalau korang nak tau tips untuk membeli handphone baru boleh rujuk sini >> 5 Tips Bijak ketika mebeli handphone


Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.