Tips

TIPS UNTUK HILANGKAN STRES


Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah : 1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk Jiwa kita akan tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan.
2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an Jadikan Al-Quran itu teman sepanjang waktu.Allah memberikan ganjaran yang besar bagi sesiapa yang membacanya walaupun satu ayat.Waktu yang sesuai untuk kita membaca Al-Quran ialah selepas solat-solat 5 waktu dan selepas waktu-waktu lain iaitu sebelum tidur dan ketika kita berehat.

3) Banyakkan Solat SunatSolat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah. 
4) Selalu berdoa kepada AllahWaktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
5) Bersangka baik dengan Allah Allah selalu menguji umatnya dengan mendatangkan pelbagai dugaan.Kita sebagai hambanya perlu percaya bahawa dugaan yang diberikan Allah itu satu cara untuk Allah menguji keimanan hambanya.Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada himah di sebalik kejadian itu
6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukanBadan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas.Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktivit-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan.
7) Amal diet dengan disiplin yang kuat Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
8) Menangis dengan sepuas hati Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja. 

9) Hargai kebolehan diri sendiriPerlu yakin pada diri sendiri.Apa yang penting kita perlu menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria
10) Cintai diri sendiri “Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

No Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE