July 3, 2020
20 resepi kuih muih sedap dan mudah disediakan

20 Resepi Kuih Muih Sedap Dan Mudah Disediakan

20 Resepi Kuih Muih Sedap Dan Mudah Disediakan | Mencari resepi yang mudah disediakan di bulan puasa sangat-sangat diperlukan.

Resepi kuih mudah disediakan ni bukan sahaja menjimatkan masa buat ibu-ibu dalam penyediaan masakkan di bulan Ramadhan kan.

Ramai ibu-ibu yang menyimpan koleksi resepi kuih muih untuk dijadikan idea pencuci mulut di waktu petang ataupun untuk berbuka puasa.

So, disini umi share dengan korang resepi kuih muih yang umi compile kan bersama blogger-blogger lain.Jom tengok di bawah ni.Ada sesetengah orang suka kuih muih Tradisional dan ada juga sesetengah orang lebih suka kepada kuih muih zaman moden yang dipanggil sebagai pencuci mulut.Macam donut bambolini, puding dan sebagainya.Bagi umi tetap sukakan Kuih muih tradisional seperti kuih seri muka,talam keladi dan banyak lagi la..Semuanya resepi yang mudah disediakan dan tak rumit

20 Resepi Kuih Muih Sedap Dan Mudah Disediakan

Hah..20 resepi  kuih muih ni senang sangat untuk korang cuba tau.

 

RESEPI NONA MANIS LEMBUT SUKATAN CAWAN

resepi nona manis lembut dan mudah disediakan ikut sukatan cawan

Bahan dan cara untuk membuat kuih nona manis Pandan dan keladi

Bahan A ( Untuk Pandan dan Keladi)

  • 1 Biji Telur

  • 1/2 cawan gula halus

  • 1 cawan santan

  • 1 cawan tepung gandum

Pukul telur sehingga kembang atau nak lebih mudah masukkan telud dalam blender dan putar.

Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.

Kemudian masukkan telur yang telah di blender tadi dan kacau sehingga rata dan sebati.Bila dah siap, ketepikan dulu sekejap dan terus buat untuk bahan B.

Bahan B untuk Pandan:

  • 1/2 cawan santan pekat

  • 5 helai daun pandan sederhana besar

  • 1/4 cawan gula halus

  • 1/4 cawan tepung jagung

  • Secubit garam

  • Sedikit pewarna hijau apple

  • sedikit emalco perisa pandan

Kisar 5 helai daun pandan yang sederhana besar bersama 1/2 cawan air menggunakan blender kemudian tapis untuk di ambil airnya.Setelah itu satukan air pandan bersama santan.

Kemudian masukkan gula, tepung jagung, secubit garam, emulco pandan(optional) dan sedikit pewaran hijau apple jika warna hijau pandan kurang menyerlah.

Kacau sampai rata dan tidak berbintil bintil kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikit pekat.

Setelah siap satukan adunan bahan A dan juga adunan bahan B.Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.Setelah siap, ketepikan dulu sekejap dan terus sediakan bahan C.

Bahan B untuk Keladi:

  • 1/4 cawan tepung jagung

  • 1/4 cawan gula

  • 1 cawan santan

  • Pewarna ungu(purple oil base)

  • Perisa Keladi( yam Emulco0

  • Secubit garam

satukan semua bahan

Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup,kilat dan sedikit pekat.

Setelah siap satukan adunan bahan A dan juga adunan bahan B.Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.Setelah siap, ketepikan dulu sekejap dan terus sediakan bahan C

Bahan C ( Untuk pandan dan Keladi)

  • 1 cawan santan pekat

  • 1 sudu besar tepung gandum

  • 1 sudu besasr gula

  • 1/2 sudu teh garam

Satukan semua bahan C, Kemudian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacu hingga ia pekat.

Tunggu sehingga suam sedikit kemudian masukkan ke dalam piping bag atau bag plastik(bahagian hujung bag plastik) 

Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih.Jangan lupa untuk balut penutup tudung periuk pengukus dengan kain supaya air pada tutup kukusan itu tidak menitis pada kuih.

Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung/minyak biasa sedikit.

Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang.Kemudian paipkan adunan puith di tengah-tengha supaya menjadi bulat hingga adunan naik penuh cawan lompang.

Kukus selama 7 hingga 15 minit.Pastikan kuih sejuk dahulu kemudian keluarkan kuih dari acuan untuk dinikmati bersama keluarga korang ya.

 

Untuk resepi penuh korang boleh terjah blog : SISHAWA

RESEPI LEMPENG KELAPA MANIS

resepi lempeng kelapa manis

Kredit : Noor Lieza

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut
Gula – ikut citarasa masing-masing
Garam secukup rasa
Air mengikut  kepekatan yang sesuai
Susu sejat (optional)


Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan tadi bersama air. Ikut kepekatan yang dikehendaki. 
2. Panaskan kuali leper dan sapu sedikit minyak.
3. Cukup panas, tuang sesenduk bancuhan tadi.
4. Terbalik kan lempeng tadi dan biarkan hingga masak.
5. Boleh angkat dan hidang.
Resepi yang sama boleh diolah tanpa memasukkan gula untuk dibuat lempeng dan dimakan dengan sambal tumis.

RESEPI MASALODEH

RESEPI MASALODEH

Kredit : Fieza Sani

Bahan-Bahan : 

Bahan A :

Kacang Dhal (Basuh & Rendam semalaman) *Toskan air sehingga kering & kisar kering guna blender kecil [untuk kisar kering]

Bawang Besar (Dihiris halus)

Cili Kering (Digunting kecil)

Daun Kari (Dihiris halus)

Cili Hijau (1) (Dihiris halus)

 

Bahan B:

Jintan Manis (1/2 – 1 Sudu)
Halia
Bawang Putih

Bahan B ditumbuk / kisar kering
Garam & Gula secukup rasa

1) Kisar kacang dhal yang telah ditoskan dengan blender kering (jenis kecil). Kemudian masukkan dalam bekas.
2) Dalam bekas yang ada kacang dhal tadi, letakkan semua bahan  A & B (bawang, daun kari, cili kering, cili hijau,  jintan manis, halia, bawang putih, garam, gula). Gaul  sehingga sebati dan boleh dibentukkan.
3) Bentukkan masalodeh (k.fiezz guna senduk kecil yang buat air). Masukkan dalam senduk & mampatkan dengan adunan. Buat satu per satu sehingga semua siap.
4) Panaskan minyak (Pastikan minyak cukup & betul-betul panas untuk menggoreng supaya masalodeh tidak lerai/hancur dan cepat keras).

 

 

RESEPI KUIH KERBAU GULING VIRAL

resepi kerbau guling viral

Kredit : CT Noraishah

 

 

Bahan-bahan:
250gm tepung beras
200gm gula
150 gm tepung jagung
1/2 sudu teh kapor makan
3 sudu besar tepung beras pulut
1/2 cawan santan pekat
Tempurung bakar (ambil air hitamnya & tapis. Sebelum itu pastikan tempurung itu bersih ye)
Air 1 liter setengah (bergantung pada kepekatannya)
Secubit garam
 
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan diatas ke dalam kuali. kacau biar sebati dahulu baru buka api. 
2. Dah sebati buka api gas, kacau perlahan-perlahan dan api sederhana. Kacau sampai likat.
3. Sediakan loyang saiz 8.Sapukan minyak terlebih dahulu padanya dan tuangkan tepung ke dalam loyang tadi. 
4. Bila dah sejuk potong dan gulingkan dalam kelapa parut (muda) yang digaulkan bersama sedikit garam.

 

 

RESEPI BUBUR TEPUNG PULUT

 

RESEPI BUBUR TEPUNG PULUT

KREDIT : Mimi Azirah

Bahan-bahan :

1 1/2 cawan tepung pulut
Air
Pewarna hijau
Daun Pandan
Santan Gula
Garam
 
Cara-cara :
1. Campurkan pewarna dalam air. Kemudian masukkan air ke dalam tepung pulut. Gaul sehingga tepung jadi doh. Pastikan doh tidak melekat di tangan. Kemudian uli tepung jadi kecil kecil sehingga habis. Ketepikan.
2. Panaskan santan, gula, garam dan daun pandan. Biar sekejap kemudian masukkan tepung yang diuli kecil kecil. Masak sehingga santan mendidih dan tepung masak. Kemudian boleh diangkat. Siap!

 

RESEPI CHURROS SUKATAN CAWAN

Resepi churros mudah

Kredit : Khalisah Azrina

Bahan A

1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Kedua-dua bahan di atas diayak.

Bahan-bahan B

1 cawan air kosong*
1 sudu besar gula*
1 sudu kecil garam*
1 sudu besar majerin*
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya

1. Masukkan air, gula, garam dan majerin ke dalam periuk sehingga mendidih.
2. Masukkan bahan yang mendidih ke dalam bahan A.
3. Kacau sehingga rata dan tidak berketul.
4.Masukkan telur dan esen vanila. Kacau rata.
5. Kemudian masukkan adunan ke dalam pipping bag dengan nozel yang berbentuk seperti menghasilkan bunga.
6. Panaskan api dan picitkan pipping bag dan potong menggunakan gunting mengikut kepanjangan yang anda kehendaki.
7. Siap dihidang bersama taburan gula halus serta serbuk kayu manis.

 

 

RESEPI DONUT GEBU  MACAM KAPAS

resepi donut gebu macam kapas

kredit to : Azlina

 

Bahan-Bahan

  • Yis

  • Gula

  • 1/2 cawan air suam

  • 4 cawan tepung high protein

  • 2 sudu besasr susu tepung

  • 2 sudu besar marjerin

  • 11/2 cawan air sejuk

  • 11/2 cawan gula kastor

  • Minyak Untuk menggoreng

Cara-caranya

~Masukkan tepung high protein, marjerin, susu tepung dan gaul sebati.Ia akaan jadi seperti serbuk roti.

~ Masukkan air sejuk(guna suhu dalam peti).Masukkan sedikit demi sedikit.agak-agak adunan sudah menjadi doh, jangan letak air.

~ Uli doh tersebut sehingga menjadi licin.Pastikan permukaan doh tidak menggerutu.

~ Uli doh dengan gaya seperti membasuh baju menggunakan tangan.Uli dan layankan sahaja sehingga tepung menjadi elastik.

Masa menguli adalah pada 30-45 minit untuk doh menjadi lembut.

kemudian rehatkan doh selama 15 minit.Tumbuk doh untuk keluarkan angin.

Ambil doh ikut berat 20 gram dan bulatkan menjadi doh.Tebuk lubang donat.Bila donat dah naik, bolehlah digoreng di dalam minyak yang panas.pastikan api untuk menggoreng di kecilkan supaya tidak hangus.

Angkat dan biarkan sebenar sebelum di tabur gula kastor.

Resepi penuh korang boleh lihat di blog azlina di atas ye.

 

RESEPI PULUT SEKAYA

resepi pulut sekaya

Kredit : Zahirah Dzahir

Bahan A :
2 cawan beras pulut (basuh & rendam selama 1 jam)
2 cawan santan cair
Sedikit garam 
Sehelai daun pandan (dibelah 2, jangan simpul). 

Bahan B :
10 helai daun pandan (potong)*
3/4 cawan air*
1/2 inci Kulit kayu manis (diracik halus)(kalau guna serbuk kulit kayu manis, letak 1/4 sudu kecil)*

Nota: 3 bahan bertanda * ni, blend, tapis &  jadikan secawan pati air pandan (kalau tak cukup secawan, tambah air sikit)

2 cawan santan pekat
1 cawan gula 
6 biji telur (ambil sedikit putih telur dari salah 1 telur ni untuk sapu pada pulut sebelum tuang sekaya nanti). 
4 sudu besar tepung gandum  
Pewarna hijau

Cara-cara :
1) Toskan beras pulut yang direndam tadi. 
2) Masukkan semua Bahan A ke dalam loyang. Kukus selama setengah jam. 
3) Lepas dah masak, tarik keluar daun pandan sambil lurut dengan sudu untuk ambil pulut yang melekat kat daun pandan. Gaul-gaul sikit pulut tu supaya sebati dengan kepala santan.
4) Tekan pulut tu supaya padat. Ratakan permukaan pulut. 
Tips: Guna belakang senduk nasi yang dibalut dengan plastik supaya pulut tak melekat. 
5) Sapu putih telur tadi pada permukaan pulut yang telah dipadat & diratakan tadi. Kukus sekejap dalam seminit. Buka semula penutup periuk kukus. 
6) Tuang adunan sekaya. 
(Adunan sekaya ni, campurkan semua Bahan B, iaitu secawan pati air pandan, santan pekat, telur, gula, tepung gandum & pewarna hijau. Masuk dalam blender & tapis. Mudah sebab tepung tak berketul & putih telur yang bertali tu tak banyak yang ditapis buang.)
Nota tambahan: Kalau nak permukaan sekaya jadi sekata & licin, kena masak sekejap adunan sekaya ni sambil kacau dengan whisk (untuk elak sekaya jadi berketul-ketul) atas api kecil hingga naik wap panas & agak-agak pekat.
7) Kukus lagi selama 40 minit atau sehingga masak. (40 minit ni kalau ikut masa yang saya selalu buat). Api jangan besar sangat, nanti sekaya masak mengejut & jadi lompong. 
*Tips: kalau ada air wap yang menitik atas permukaan sekaya, ambil sehelai tisu dapur yang bersih, letakkan hujung tisu pada tempat yang ada air tu dengan perlahan. Nanti tisu tu akan serap air wap tu.
Kalau saya, saya prefer sesekali untuk buka & lap bahagian dalam penutup kukus tu. 
Ada juga tips yang orang lain buat, iaitu balut penutup tu dengan kain bersih.
 

 

KUIH TRADISIONAL NETBAK

RESEPI KUIH NETBAK

Kredit : Ardini Humaira

 

Bahan-bahan :
1 bungkus tepung beras – disangrai dan disejukkan
12 biji telur

Cara-cara :
1. Pukul telur sehingga kembang dan berbuih.
2. Panaskan acuan bahulu. Oleskan dengan sedikit minyak.
3. Tabur tepung beras ke dalam adunan telur perlahan – lahan sehingga menjadi pekat. Kacau rata.
4. Tuang ke dalam acuan dan bakar sehingga kekuningan. Keluarkan dari acuan. Sejukkan.


Air Sira Gula :
2 cawan air
10 sudu gula pasir
1 – 2 helai daun pandan
10 biji kuih nekbat

Cara-cara : 1. Masukkan air, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
2. Jerang sehingga mendidih dan gula larut.
3. Masukkan kuih nekbat dan jerang sehingga nekbat mengembang kerana menyerap air gula.
4. Angkat dan sejukkan.

 

 

RESEPI KEK KARAMEL PELANGI KUKUS

Bahan-Bahan:
 
  • 5 biji telur ayam gred A/B
  • 2 sudu makan gula kastor
  • 1 cawan minyak jagung/masak biasa
  • 250 gram tepung naik sendiri jenama MFM
  • 1 sudu makan membukit ovalette
  • 1 sudu teh essen vanila
  • Perasa/pewarna ikut pilihan
Cara Buat Resepi Kek Karamel Pelangi Kukus Blender :
 
  1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar makanan dan kisar ( blender ) hingga semua sebati bercampur elok dan warna menjadi putih gebu.Senang kan.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang anda suka ke dalam bekas.Contoh 3 pewarna. Satu bahagian warna asal, dua lagi warnakan ikut perasa/pewarna pilihan anda.
  3. Cucuk permukaan puding karamel yang telah suam dengan garpu. Ini untuk bolehkan kek melekat elok dengan puding nanti.
  4. Masukkan secara berselang seli setiap adunan ikut kreativiti anda. Sambung kukus selama 60 minit jika anda gunakan loyang 8/9.
  5. Kalau gunakan saiz 5/6, cukup 30-35 minit sahaja. Jangan lupa balut penutup pengukus untuk elak air menitik dan gunakan api sederhana kecil sahaja untuk elakkan daripada kek karamel anda berombak ,tak cantik.
  6. Bila dah siap kukus, biarkan suam dan terbalikkan kek. Jangan tunggu sejuk nanti lapisan gula mengeras dan buatkan kek menjadi lekat pada dasar loyang.

boleh baca jugak 10 resepi kek karamel pelangi di sini

RESEPI AGAR AGAR CINCAU BANDUNG

agar agar cincang bandungkredit : Maria FirdzBahan-bahan

  • 1.5 liter air
  • 1 peket agar-agar
  • 1 tin susu pekat saji perisa bandung
  • 1 tiub cincau (terpulang nak guna banyak mana) – dicincang


Cara membuatnya

  1. Didihkan air, kemudian masukkan agar-agar.
  2. Biarkan mendidih hingga semua agar-agar larut.
  3. Kemudian masukkan 1 tin susu dan kacau hingga rata.
  4. Tuang dan tapis ke dalam loyang yang ditaburkan dengan cincau yang dicincang.
  5. Sejukkan sebelum masukkan dalam peti sejuk.
  6. Dah beku, potong dan hidangkan.

RESEPI CONRFLAKES NUTELLA

RESEPI CORNFLAKES NUTELLA

KREDIT : mardhiyyah rosli

 

Bahan-bahan :
50g badam cincang – disangai
125g kepingan badam – disangai
300g coklat gelap
200g coklat putih
100g nutella – anggaran 3 sudu besar
500g baby cornflakes
 
Cara-cara :
1. Masukkan dark chocolate dan white chocolate ke dalam mangkuk. Cairkan menggunakan teknik double boiler.
2. Kemudian, masukkan 3 sudu besar nutella ke dalam adunan chocolate tadi. Kacau sehingga sebati. Jangan lupa tutup api ya.
3. Lepas dah sekata, masukkan pula baby cornflakes dan kepingan badam. 
4. Gaul sehingga cornflakes disaluti chocolate.
5. Masukkan adunan ke dalam paper cup.
6. Taburkan badam cincang di atas adunan tadi.
7. Sejukkan cornflakes nutella tadi di bahagian freezer selama 5 minit.

 

 

RESEPI APAM SUSU MUDAH

 

RESEPI APAM SUSU MUDAH

Bahan-bahan :
4 Biji Telur
1 Sudu teh Esen Vanilla
1 cawan gula pasir
4 sudu besar susu pekat
2 cawan tepung gandum
Pewarna

 
 
Cara-cara:
1. Sebelum tu korang panaskan la dulu pengukus ye.Jadi senang bila dah siap adunan tak payah nak tunggu lama-lama sangat.
 
2. Bahan 1-5 tu diblend/mix sampai betul-betul kembang.
 
3. Then,masukkan la tepung sedikit demi sedikit.Lastly asingkan ke beberapa bahagian dalam mangkuk lain,dan letak pewarna yang korang suka.
4. Oles kan sedikit marjerin ke dalam loyang dan letakkan bancuhan secara selang seli .
Nak cantik lagi,lepas dah letak selang seli warna tu,korang lorekkan mengikut kreativiti korang..
 
4. Disebabkan aku tak berapa nak kreatif,terhasillah corak yang entah pape tu.Lepas tu dah boleh letak dalam kukus dan kukus selama 45 minit.

 

RESEPI BUTIR NANGKA

RESEPI BUTIR NANGKA

KREDIT : FIZA RAHMAN

 

Bahan-Bahan Bubur Butir Nangka:

  • 2 cawan tepung beras pulut
  • Air daun pandan (kisar daun pandan, tapis dan ambil airnya)
  • Pewarna hijau (Kalau tak letak pon tak apa) 
  • Garam


*Kalau terlebih rajin nak buat air daun pandan, boleh campur sedikit esen vanilla pada doh ☺

Cara-cara

1) Panaskan air di dalam periuk. Air tu separuh periuk saja.

2) Masukkan tepung dalam bekas, campurkan air daun pandan sedikit demi sedikit dan uli sebati smpai tepung tak melekat pada tangan

3) Bentukkan doh tadi macam biji nangka. Jangan besar sangat. Agak-agak lah.

4) Bila air dalam periuk dah menggelegak, masukkan terus doh ke dalam periuk

5) Doh yang dah masak akan timbul terapung. Boleh angkat dan rendam dalam bekas berisi air suam (kalau kuah belum masak lagi)
Bahan-bahan kuah:
  • Santan pekat (saya pakai sekotak)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • Gula melaka dan garam pakai gula biasa pon boleh)
  • Sagu mata ikan (saya tambah ☺)
Cara masak:
 
1) Satukan semua bahan dalam periuk dan masak dengan api yang sederhana. Kacau selalu supaya tidak berketul. 
 
2) Perasakan dengan garam dan gula. Bila kuah dah menggelegak, boleh tutup api.

 

 

RESEPI PUDING ROTI BERSAMA KUAH KASTARD

RESEPI PUDING ROTI

 
KREDIT : SHALIMAR 
 
Bahan-bahan:
Roti 8 keping ( Sha guna roti gardenia )
Telur 2 biji
Susu segar / Susu cair
Asen vanilla 1 sudu kecil
Gula 3 sudu besar
 
Cara-cara:
1. Roti di sapu dengan marjerin dan dipotong-potong ( Sha potong kepada 6 bahagian ) dan rendam salam susu segar/susu cair.
2. Masukkan telur , susu segar/susu cair , asen vanilla dan gula dalam 1 mangkuk. Kemudian pukul sampai sebati.
3.  Susun roti dalam bekas yang telah disapu dengan marjerin kemudian tuang bahan yang telah sebati tadi di atasnya.
4. Jika suka anda boleh taburkan dengan kismis. Sha lupa beli kismis nii…huuhuu
5. Bakar selama 20 – 30 minit pada suhu 150 darjah.
6. Biarkan puding roti sejuk sebelum dipotong.
 
Bahan-bahan Kuah Kastard :
Susu cair 1/2 tin
Asen vanilla 1 sudu kecil
Gula 1 sudu besar
Tepung Kastard 1 sudu besar.
 
Bila dah sejuk semuanya, boleh potong bila nak makan. Saiz potongan roti yang Sha potong ni sedang-sedang dengan selera Sha , tak kecil tak besar. Siram kuah kastard atas puding roti. Emmmmppph…
En.Suami suka lagi kalau letak dalam peti dulu.

 

 

Resepi Doh Roti Canai Mudah, Lembut dan Garing

KREDIT : EL DARWEENA

 

 

Bahan-bahan:

 
-1kg Tepung Gandum
-2sudu marjerin/butter (dicairkan)
-2sudu susu pekat manis
-1biji telur
-500ml air -garam secukup rasa.

 

 
Caranya:
Ambil mangkuk/besen/periuk besar. Masukkan air dulu. Tambah garam. Kacau sebati. Tambah telur. Kacau lagi. Tambah susu pekat. Kacau lagi. Tambah marjerin. Kacau lagi. Last tambah tepung sikit2. 
Adunan roti canai tak perlu diuli sekuat tenaga, cukup sekadar meratakan tepung sehingga tiada ketulan
rehat 15min dan uli lag. Rehat 15min uli lg. Lepas tu bulat2kan kecil2 dengan marjerin dan peraplah berapa lama korang nak..sis perap agak2 5 jam kut cantik bila tebaq..

 

 

RESEPI KUIH KASWI GEDIK COMEL 

 

RESEPI KUIH KASWI MUDAH

 

KREDIT : HUAHUAJER

 

Bahan-Bahan
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
5 cawan air
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras (saya tambah 2 sudu besar lagi)
sedikit garam
3 sudu besar air kapur
1 sudu besar coklat emulco (untuk kuih nampak gelap)
Daun pandan
Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
Kelapa parut campur sedikit garam
 
Cara-cara :
 
Gunakan 2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Ketepikan. Ayak semua tepung.Tambahkan selebihnya 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula. Masukkan air kapur.
 
Seterusnya masukkan coklat emulco. Tapis air gula ke dalam tepung. Gaul rata dan tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul. Kacau seketika di atas api yang kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji atau gam, sentiasalah di kacau guna whisk dalam 3 minit lebih kurang.
 
Sapu loyang atau acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan. Kukus loyang atau acuan dahulu tanpa isi. Tuang bancuhan tepung dalam acuan dan kukus selama 25 ke 45 minit bergantung pada acuan atau loyang sehingga masak.
 
Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair. Ambil sehelai  tisu dapur dan letakkan dan lap sedikit di permukaan kuih agar air itu dapat diserap. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan atau di potong. 
 
Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama.

 

 

RESEPI KETUPAT SOTONG

RSEPI KETUPAT SOTONG

KREDIT : MARINA 

 

Bahan-bahan:
1. Sotong 6 ekor yang besar
2. Beras pulut 2/3 cupak
3. Santan pekat secupak
4. Halba satu sudu kecil
5. Bawang merah sebiji
6. Bawang putih 3 ulas
7. Halia
8. Gula
9. Garam

Cara-cara:
1. Rendam beras pulut dalam sejam. Lagi lama lagi bagus.
2. Siang sotong bersih-bersih.
3. Masukkan beras pulut dalam sotong. 2/3 daripada sotong. Cucuk dengan pencungkil gigi supaya pulut tak keluar dari sotong.
4. Masukkan santan, bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Tunggu sampai mendidih.

5. Masukkan sotong. Masak dalam 30minit. Sampai beras pulut dah masak. Tambah air sampai sotong tenggelam. Kalau suka kuah pekat tambah lagi santan.

 

RESEPI PUDING JAGUNG CREAMY

RESEPI PUDING JAGUNG

KREDIT : ZAIDALIFAH

 

 Bahan-bahan :

1 Tin jagung ( Ayam Brand Malaysia)
 
1 Cawan susu cair (brand Alble Farm)
 
1 Cawan Gula
 
3 Cawan Air
 
1 Pek tepung kastard (Brand Tesco)


Cara-cara :

1. Masukan jagung ke dalam kuali (Bonde guna kuali Tefal tidak melekat), masukan susu cair, masukan gula, dan masukkan tepung kastard dan masukan air.
2. Kacau semua bahan hingga sebati.
3. Naikkan atas dapur, buka api kecil/perlahan, masukkan sehelai daun pandan dan kacau-kacau semua bahan hingga menjadi pekat dan likat.

 

 

 

RESEPI APAM BALIK 

RESEPI APAM BALIK

KREDIT : chinta Artie

 

 

Bahan-bahan :
Air Secukupnya
Tepung gandum 1kg (boleh dapat 5 atau 6 keping kuih)
Telur sebiji (gred apa saja)
1 sudu kecil Soda bikarbonat atau serbuk penaik lain(yis pun boleh digunakan)
Pewarna Kuning atau warna yang anda suka
1 sudu kecil Esen Vanila
sedikit Gula (untuk letakkan pada bancuhan tepung dan untuk intinya juga)
Kacang Goreng secukupnya (dikisar)
Planta/Marjerin untuk disapu pada kuih yang telah siap dimasak



Cara-cara :

1. Tepung gandum, soda bikarbonat, telur, air dan esen vanila disatukan. Pukul guna senduk atau kalau ada handmixer boleh guna. Pastikan adunan tidak berbiji-biji 
2. Warnakan adunan dengan pewarna kuning.
3. Perap adunan (jika korang gunakan Yis. Jika gunakan soda bikarbonat perlu juga perap sekejap kut. Sebab ikut pengalaman KG buat guna soda bikarbonat, kalau terus masak memang dia tak gebu)
4. Bila masa hendak memasak, panaskan pan/acuan dengan api sederhana masukkan sedikit adunan dalam pan/acuan, tabur gula kemudian kacang tanah yang diblender. Tutup pan/acuan. 
5. Setelah masak, angkat dan sapukan dengan planta atau marjerin pada kulit kuih apam balik / terang bulan tadi. Sedia untuk dipotong dan hidangkan.

 

Pelbagai resepi kuih muih yang mudah disediakan untuk dihidangkan semasa berbuka puasa dan juga untuk minum petang.

 

Entri Berkaitan

 

siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

View all posts by siti Rohaida →

2 thoughts on “20 Resepi Kuih Muih Sedap Dan Mudah Disediakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *