10 Tips bagaimana nak jadi Leader yang berjaya

10 Tips bagaimana nak jadi Leader yang berjaya

Dalam setiap bisness mesti ada seorang leader yang memimpin anak-anak ejen dibawahnya kan.Bukan mudah nak jadi seorang leader yang bagus dan disukai oleh anak-anak ejen.10 Tips bagaimana nak jadi leader yang berjaya

Selama berkecimpung dalam perniagaan dibawah Mommyhappy ni, banyak perkara yang umi belajar tentang perniagaan.Walau umi bukanlah stokis mahupun founder dalam produk ni tetapi umi tetap di ajar tentang bagaimana menguruskan segalanya tentang perniagaan.

Umi hanya seorang ejen dibawah naungan produk Mommyhappy yang menjalankan perniagaaan membekalkan bahan pendidikan awal kanak-kanak.Usaha gigih seorang founder Mommyhappy sangat umi kagumi meskipun umi belum berkesempatan berjumpa dengan insan hebat ini.

Dibawah pengawasan leader hebat umi juga adalah salah satu sebab kenapa umi meneruskan perniagaan online demi mencari duit sampingan untuk anak-anak dan keluarga umi.Dan dibawah umi juga ada beberapa ejen yang umi baru sahaja sign up.Alhamdulillah.Bukan senang nak jadi seorang leader.Bukan takat cari ejen dibawah kita dan biarkan mereka dengan cara mereka masing-masing untuk promosi segala bahan yang diberikan.

Umi sendiri belum layak untuk menjadi seorang leader yang hebat memandangkan dunia bisness ni masih baru dalam hidup umi.Tapi apa yang leader umi iaitu KakNa sampaikan, itulah yang umi akan sampaikan kepada anak-anak ejen umi.

Bila melihat pencapaian anak-anak ejen yang kadang naik turunnya umi tetap bersyukur kerana mereka buat bukan kerana umi tetapi kerana nawaitu sebelum mereka menceburkan diri dalam Mommyhappy ni.

Kalau korang dah dapatkan Planner Usahawan Mommhappy ni pasti korang tau tentang bagaimana nak jadi seorang leader yang terbaik untuk anak-anak ejennya.Jom umi kongsikan  10 tips bagaimana nak jadi leader yang berjaya

Leadership is not a position or a title it is action and example

 

10 TIPS BAGAIMANA NAK JADI LEADER YANG BERJAYA

1#SENTIASA MENJADI CONTOH YANG BAIK

Kita kena sentiasa menjadi contoh yang baik untuk anak buah masing-masing dalam apa jua perkara.Sebelum kita nasihatkan anak buah ktia untuk tepati masa dan bagi komitmen pada sesuatu projek/kerja, kita dulu perlu tunjuk contoh terbaik bagaimana untuk bagi komitmen yang sepatutnya.Kita jadi orang yang lebih awal dalam apa jua perkara

2# KEBOLEHAN BERKOMUNIKASI

Bila kita menjadi seorang leader, kita perlu bijak berkomunikasi supaya segala info dapat diberikan dengan baik dan tiada isu salah faham dalam organisasi.Jika kita rasa kita tak pandai untuk berkomunikasi dengan baik, sila cari solusi untuk belajar cara komunikasi yang  betul.

3# WAJIB KENAL KARAKTER AHLI ORGANISASI

Untuk kenal ahli pasukan kita, kita perlu tahu sedikit sebanyak tentang personaliti dan potensi  setiap orang ahli dalam organisasi.Bila kita kenal, mudah untuk mengawal dan lebih mudah kita kawal situasi bila ada isu-isu berbangkit yang timbul.

4# FOKUS PADA SOLUSI BUKAN MASALAH

Pemimpin yang hebat mampu menukar masalah kepada peluang.Dia juga mampu menukarkan kelemahan menjadi kekuatan dan mencari jalan keluar untuk setiap cabaran.Dan yang paling utama, ketua yang hebat sentiasa nampak potensi diri teamnya dan tidak hanya menyalahkan tetapi bertindak bersama betulkan kesalahan.

5# PANDAI BERDIPLOMASI

Ketua perlulah menjadi insan pendamai dalam organisasi yang sentiasa menjadi inspirasi dan bawa nilai positif diri.

6# SOKONG DAN PAKSA

Sebagai ketua yang bagus, kita perlu tahu bila masa kita untuk sokong dan bila masa kita paksa.Keseimbangan dalam kepimpinan itu perlu dan kita tidak boleh selamanya sokong tanpa PUSH organisasi kita.Ada masa kita perlu push supaya orang bawahan kita tidak leka dan boleh berkembang dengan cara yang betul.

7# MOTIVASI YANG TINGGI

Seorang ketua yang hebat perlu ada motivasi yang tinggi dan sentiasa bersemangat dalam setiap perkara.Kita sebagai pemimpin perlu menjadi orang yang paling bermotivasi dan sentiasa teruja untuk bantu mereka lakukan yang terbaik setiap hari.

8# GALI ILMU BARU TANPA JEMU

Seorang ketua adalah seorang anak murid/ pengikut yang baik sebelum menjadi ketua yang baik.

9# BERI INSPIRASI, MOTIVASI DAN APRESIASI

Ketua yang bagus selalu memberi inspirasi, motivasi dan apresiasi kepada organisasinya.Cuba untuk menjadi insan  yang sentiasa menghargai setiap usaha kecil  anak-anak buah.

#10 BERJAYA MELAHIRKAN RAMAI LEADER  LAIN

Ketua/pemimpin  yang hebat adalah  insan yang berjaya lahirkan lebih ramai leader lain yang sama-sama ada semangat untuk belajar dan sama-sama berkembang dengan organisasi.Daripada seorang ledar boleh melahirkan leader lain yang bawa misi dan visi yang sama untuk organisasi yang lebih stabil.

Jika korang ada 10 perkara di atas ni, TAHNIAH kerana korang adalah LEADER YANG HEBAT

Inilah beberapa tips yang korang boleh dapat di dalam Planner Usahawan keluaran dari Mommyhappy.Sangat-sangat bagus bagi mereka yang berbisness.

 

Selain dari tips di atas, banyak lagi tips dan pengurusan bisness yang boleh bantu korang dalam bisnes yang korang ceburi.

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *