FAMILY PARENTING PARENTING TIPS

10 TIPS ELAK ANAK HILANG DI TEMPAT AWAM

Bila bawa anak di tempat yang ramai orang sangat-sangatlah risau kan.Apa taknya kalau tiba-tiba  ghaib.Mau nangis tak berlagu kita.Sebab tu kita kena amalkan 10 tips elak anak hilang di tempat awam ni.
Entry ni ada kaitan tentang Festival layang-layang Pasir Gudang 2018 tu kan,Kalau ikutkan dari rumah umi ke Tasik Layang-Layang tu,setengah jam pun tak sampai.Ada lah dalam 10 minit  kot.
Tapi walaupun tak jauh,kalau dah ada Festival ni,dia punya jammed boleh krem kaki ni dek non.Jumaat malam sabtu hari tu,mak aku datang,so dia lah yang ajak ke sana.Ikutkan hati ni malas rasa nak terjah ke sana.Tapi memandangkan adik² pun dah sibuk,pergilah jugak.
Satu sebab umi tak suka nak pergi Festival layang-layang ni,Orang terlalu pack.Nak ke sana-sini pun nak kena hati-hati memandangkan umi bawa anak.And yes!! ibubapa kena lebih beri perhatian kepada anak-anak berbanding tengok layang-layang kat udara tu atau cuci mata ke booth-booth yang menjual segala jenis barangan tu.
Bukan nak cakap umi ni ibu yang prihatin,tetapi saja nak nasihatkan sesama sendiri bila ke tempat-tempat macam ni,pastikan jaga anak dengan betul.Sebenarnya boleh je kita nak atasi kes anak hilang kat tempat-tempat macam ni.Malam yang umo pergi tu pun,ada dalam dua tiga kes  anak dan mak pak yang hilang.Yang sadisnya anak umur 3 tahun boleh hilang.Umi terus tak dapat nak bayangkan macam mana boleh hilang.
Seperti yang umi baca di blog theasianparent.com ada dikongsikan 10 tips cara untuk elak anak hilang.Tips ni bagus untuk kita gunakan supaya anak kita tak hilang.Yelah,once dia dah hilang,payah untuk kita nak cari.Lagi-lagi bila kanak-kanak yang masih tidak boleh bercakap.

 10 TIPS CARA UNTUK ELAK ANAK HILANG

1. Rancang Percutian atau perjalanan anda dengan teliti

Jika kita sudah mempunyai rancangan untuk bercuti,satu hal yang perlu kita tahu adalah maklumat kawasan tempat percutian.Contohnya,adakah tempat itu penuh dengan orang ramai atau menyediakan “Kids Zone” untuk kanak-kanak

2.SEDIAKAN KAT IDENTITI

Pastikan kita tulis nama anak,tarikh lahir,alergik atau kondisi kesihatan yang perlu diketahui(jika ada) dalam kad identiti anak anda.Letak Kad Identiti ini DIDALAM baju atau poket  anak anda.Pastikan mereka tahu ada kad identiti dalam poket itu.Kad identiti itu juga perlu ada nombor telefon anda dan pasangan.
3.BERI ANAK PAKAI BAJU WARNA CERAH
Sebelum keluar rumah,pakaikan mereka dengan baju yang berwarna cerah atau warna Neon untuk mengesan mereka apabila berada di Khalayak ramai.
4.TETAPKAN MEETING PLACE
Sebelum ke sesuatu tempat,pastikan anda memberitahu atau menunjukkan pada mereka sebuah meeting place.Meeting Place sangat penting jika mereka hilang.Contohnya pilih tempat yang senang mereka ingat  seperti kaunter pertanyaan,kedai aiskrim atau restoran KFC berdekatan.
Memandangkan aku takut aku sendiri terlepas pandang kat anak-anak,so ini jelah gambar yang dapat aku snap hari tu.
5.AJAR ANAK PESANAN PENTING INI
Seorang kanak-kanak di Amerika Syarikat berjaya menyelamatkan dirinya daripada di culik orang asing dengan mengingati pesanan penting ibunya ini

Jika hilang atau sesat,minta tolong pada orang tertentu sahaja iaitu pada ibu yang berjalan dengan anaknya atau pegawai keselamatan.JANGAN minta tolong pada lelak atau wanita yang berjalan seorang diri.ORANG DEWASA TIDAK AKAN MEMINTA PERTOLONGAN KANAK-KANAK,jadi jangan tolong orang  yang tak dikenali.Kekal di meeting place jika sesat.Tunggu disitu saja.

6.SIMPAN GAMBAR TERKINI ANAK ANDA
Lebih bagus jika anda memiliki gambar terkini mereka.Sebelum keluar dari rumah tu,ambil gambar terkini anak dahulu ye.Senang cerita kita selfie sebelum keluar rumah.

7.JANGAN TINGGALKAN MEREKA BERSEORANG
Walau dalam sebarang keadaan sekalipun,seorang kanak-kanak nyaris diculik ketika ibu bapanya masuk ke dalam tandas.

8.LABELKAN NOMBOR TELEFON ANDA
Salah seorang rakan saya telah menulis nombor teledonnya pada tangan semua anak-anak dengan permanent marker.Anda juga boleh melabelkan nombor telefon anda pada pakaian anak-anak.Tulis nombor telefon.

9.BELI PERANTI PENGESAN DENGAN GPS
Peranti pengesan dengan GPS ni memang mahal,tapi jika ada kita ada satu,dah tak perlu risau.pastikan peranti ini sentiasa dengan anak anda.

10.SENTIASA BERWASPADA
Perkara macam ni kita tak tahu bila akan terjadi,sebab tu kita kena sentiasa berwaspada.Jangan terlalu mudah mempercayai individu yang tidak dikenali.Dunia sekarang ni kat mana-mana boleh terjadi kes individu yang berniat nak cederakan kanak-kanak.Bukan itu sahaja..mereka juga sanggup menculik untuk wang ringgit.

So,sama-samalah kita gunakan tips ni bagi memastikan keselamatan anak kita.Oklah..Jomlah layan sikit gambar yang aku sempat snap malam tu.

 

Kalau tengok orang dari jauh tu,mesti korang dapat bayangkan betapa padatnya orang malam tu weh.

 

Nak tengok orang nyanyi pun umi malas.Bila datang Ke sini umi akan pastikan untuk  cari kawasan yang lapang untuk anak-anak bermain.Lepas dah beli makanan dan mainan untuk diorang.
Cari tempat lapang  dan duduk sambil perhatikan anak-anak bermain.Jadi mata kita senang nak bagi tumpuan pada anak-anak ni.
Makcik blog ni sempatlah kan mengabadikan muka kat dalam Festival Layang-layang ni.

 

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(19) Comments

  1. meriah juga festival tu

  2. haah..meriah lisa

  3. Memang takut kan kalau anak hilang nie, tq sharing ya..

  4. tulah kak sue.kena hati² sebelum terjadi

  5. bagus info ni. mmg Qekra alert sgt bila bwk anak2 ke tempat ramai2 orang ni..

  6. macam tak sempat nak pergi tahun ni… huhuhu

  7. tips yang sangat berguna

  8. Assalamualaikum.eda…bagus info ni.untuk mereka yg ada anak2 kecil kn…

  9. Good tips. Memang risau kalau bawak anak kat tempat yang ramai orang nih.

  10. tajuk yang mengerikan.. nauzubillah minta dijauhkan.. tq for good tips

  11. Semoga dijauhkan dr kita. Ana wajib kepit ana ke mana2 ana g.

  12. Tips yg bagus… Saya biasa akan pakaikan anak2 baju sama warna cerah mcm kuning cth nya kalau gie mandi waterpark… Mmg senang nak jejak@cari… Senang nak nampak dr jauh…

  13. good tips..kalau festival/karnival macam ni mmg mana2 parents kena extra careful..

  14. Tips yg bagus utk mengelakkan anak hilang bila pergi mana mana kan

  15. Mesti ramai kan dtg ke festival ni. Tips ni memang sangat membantu

  16. tips yg bagus boleh digunapakai untuk parent yg ada ank kecik

  17. Good info! Sesakk giler kann..fuhhh…sayangi anak ana..xpernah nampak mak budak tulis kat tgn anak2, no hp..hooho

  18. event layang layang ni famous. teringin nak tengok sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *