10 TEMPAT MAKAN SEDAP SEKITAR JOHOR BAHRU

Lihat seharai 10 tempat makan sedap sekitar Johor Bahru ni pasti membuatkan korang akan rasa tak sabar nak mencuba semua makanannya.

Di Johor ni memang banyak tempat makan menarik yang kita boleh pergi.Tetapi umi akan senaraikan 10 tempat makan menarik di Johor yang boleh korang cuba apabila korang datang ke sekitar Johor ni.

Korang kena ketahui juga mana port makan best di Johor ni walaupun korang orang Johor kerana ada juga tempat yang boleh korang pergi apabila cuti hujung minggu.Nak tau di mana tempat makan menarik dan sedap di Johor ni korang kena baca sehingga habis ye.

10 TEMPAT MAKAN SEDAP SEKITAR JOHOR BAHRU

 

Jom kita lihat 10 senarai ni bermula dari kawasan Pasir Gudang yang umi dah pernah pegi satu ketika dahulu.Ni antara tempat yang umi senarai pendekkan untuk korang ye.Follow umi untuk mengetahui banyak lagi tempat makan best yang wajib korang terjah di Johor ni.

 

#1 RESTORAN SEAFOOD SERI BAHAGIA TANJUNG LANGSAT PASIR GUDANG

tempat makan best di jb

Kepada korang yang mencari kedai makan sedap di Pasir Gudang, umi boleh rekomen korang untuk merasai keenakkan seafood fresh dari laut ni.Kalau korang jenis kaki makan seafood boleh la datang ke sini.Makan tepi laut di malam hari memang best kan.

Setiap kali ke sini umi akan order Ketam Masak lada hitam ni.Rasa fresh ketam tu memang kena bila dimasakkan dengan lada hitam tau.

10 TEMPAT MAKAN SEDAP SEKITAR JOHOR BAHRU

Suasana makan kat sini pun best tau.Dapat sekali tengok keindahan pantai dan ikan-ikan dah kira syok tu.

10 TEMPAT MAKAN SEDAP SEKITAR JOHOR BAHRU

Nak tau apa menu menarik di Seafood Seri Bahagia ni bolehlah korang baca entry umi Makan di Seafood Seri Bahagia Tanjung Langsat.

#2 RESTORAN BEST DIM SUM & PAU PASIR GUDANG

10 TEMPAT MAKAN SEDAP SEKITAR JOHOR BAHRU

Jika korang masih lagi di daerah Pasir Gudang, korang boleh mencuba dim sum halal yang sedap ni di Kipmart Home.Kalau dari luar kipmart tu korang dah nampak signboard restorang dim sum ni.

Umi pun dah beberapa kali jugak pekena dimsum kat sini.Memang sedap ye korang.Boleh pilih-pilih mengikut citarasa korang.Dim sum ni dikira 3 bekas hanya RM10.Kalau korang nak cari dimsum halal dan sedap memang inilah tempatnya.

Kalau korang nak tengok apa jenis-jenis dimsum dan menu lain yang best korang boleh la jengah entry Jom makan best dim sum and pau pasir gudang.

#3 KAFE KIRI KANAN TOPPEN TEBRAU

10 TEMPAT MAKAN SEDAP SEKITAR JOHOR BAHRU

Kira berdekatan juga dengan Pasir Gudang, umi bawa korang ke Kafe Kiri Kanan di Toppen Tebrau.Toppen ni bersebelahan je dengan Ikea Tebrau.Jadi lepas penat berbelanja di Ikea, jom kita isi perut pula di Kafe Kiri Kanan ni.Kafe Kiri kanan ni menyediakan makanan Asian Fusion tau.Mesti korang suka akan konsep kafe ni.

Jom lihat menu menarik di Kafe Kiri kanan ni pulak

10 TEMPAT MAKAN SEDAP SEKITAR JOHOR BAHRU

Antara menu yang ada di sini adalah Jumbo Chicken Chop, Nasi Chicken Chop Masak Merah, Nasi Ayam Hainan, Chicken Chop Black Pepper & Set Burger. 

Masa untuk menunggu makanan ni pun tak lama antara 15-20 minit sahaja.Hah!! Ok sangatlah tu kan.Makan makanan panas-panas lagi.

Nak tengok apa lagi menu yang menarik boleh lihat entry Makan sedap di Kafe kiri kanan Toppen Tebrau

#4 RESTORAN CHABA THAIFOOD TAMAN IMPIAN EMAS

10 TEMPAT MAKAN SEDAP SEKITAR JOHOR BAHRU

Restoran Chaba Thaifood ni terletak di Taman Impian Emas Johor.Korang yang suka dengan Thai Food memang sudah semestinya wajib cuba menu-menu hidangan restoran ni.

Jom lihat menu-menu yang memang recommend sangat korang cuba

10 TEMPAT MAKAN SEDAP SEKITAR JOHOR BAHRU

Menu Chaba Thaifood yang boleh dikatakan antara selalu yang diorder oleh pelanggan adalah Tomyam Poktek.Pasti ramai kan yang suka makan tomyam.

Dah pernah rasa Siakap dua Musim? Of course korang baru pernah dengar kan pasal siakap dua musim ni.Antara menu yang unik wajib korang cuba bila datang ke restoran chaba Thaifood ni

Nak tengok menu-menu yang sedap- sedap korang boleh baca entry Masakan Ala Thai Sedap di Chaba Thaifood Johor

#5 MAKAN LOKLOK DI B5 STREET MARKET 

10 TEMPAT MAKAN SEDAP SEKITAR JOHOR BAHRU

Korang pernah try makan Lok lok di Johor ni.Actually ada 5 tempat makan lok lok halal yang sedap wajib cuba ye.

10 TEMPAT MAKAN SEDAP SEKITAR JOHOR BAHRU

Memang sedap tau lok lok ni.Kalau korang yang nak makan ringag-ringan ni, boleh cuba makan lok lok ye.

Nak tau 5 tempat makan lok lok halal yang sedap boleh terjah entry 5 tempat makan lok-lok halal yang mesti korang kunjungi di Johor Bahru

 

#6 RESTORAN SENOKO STULANG LAUT

10 TEMPAT MAKAN SEDAP SEKITAR JOHOR BAHRU

Kita berjalan jauh sedikit dari Pasir Gudang ke Stulang Laut.Antara tempat menarik juga untuk dikunjungi dan salah satunya tempat makan yang menarik di Stulang Laut adalah Restoran Senoko ni.

10 TEMPAT MAKAN SEDAP SEKITAR JOHOR BAHRU

Antara menu pilihan di Restoran Senoko ni.Korang nak tengok menu-menu lain boleh la terjah entry Makan di Restoran Senoko Seafood Stulang Laut yang sedap

#7 ISTANBUL TURKISH CUISINE

10 TEMPAT MAKAN SEDAP SEKITAR JOHOR BAHRU

Kalau korang nak mencuba makanan lain dari yang lain bolehlah mencuba makanan dari Istanbul ni.Tak perlu nak makan jauh-jauh.Kat Johor ni pun dah ada tau makanan turkish ni.

Jom tengok pilihan menu yang boleh korang pilih bila korang ke sini.

Korang yang Vegeterian boleh cuba makanan yang dinamakan Biber Dolma ni

Ataupun korang boleh mencuba menu ini iaitu Firin Beyti Kebabi ni?

Kalau korang nak tengok menu-menu lain yang sedap boleh lihat di entry  –Istanbul Turkish Cuisine

#8 RESTORAN ATEH CORNER TAMAN UNIVERSITI

Bila korang di area sini, boleh la mencuba pelbagai menu di Restoran Ateh Corner Taman Universiti ni.Tempat makan best di Univesiti ni selalu sangat penuh tau.

Antara menu menarik yang korang boleh cuba adalah Mantau Bun dan juga Siakap Stim Nyonya style.Korang boleh pilih nak size ikan macam mana untuk masak ni.Memang tak mengecewakan tau makan kat sini.

Nak tau lebih lanjut tentang Restoran Ateh Corner boleh baca – Tempat makan best di Taman Universiti

#9 RESTORAN LOMAQ FOODIES

10 TEMPAT MAKAN SEDAP SEKITAR JOHOR BAHRU

Korang yang sukakan masakkan lemak cili api dan asam pedas memang wajib tau datang ke Restoran Lomaq Foodies ni.Restoran ni terletak di Taman Denai Nusantara Gelang Patah Johor.

Lomaq Foodies ni ada menyediakan  sarapan pagi dan tengahari. Yang bestnya semua masakkan lemak cili api dan asam pedas di letakkan di dalam kuali dan panas-panas lagi untuk dihidangkan.Mesti syokkan

Umi pulak yang terliur tengok semua menu-menu ni.

Korang yang nak tengok menu-menu lain boleh la baca entry – Masak Lemak Cili Api Sedap di Lomaq Foodies Taman Denai Nusantara Gelang Patah

#10 Wachaa Burger Parit Kadir Senggarang Batu Pahat

10 TEMPAT MAKAN SEDAP SEKITAR JOHOR BAHRU

Tengok burger pun dah unik, Inikan pulak rasanya kan? Kalau korang ke area Batu Pahat ni jangan lupa untuk mencuba Wachaa Burger ni ye.

Antara menu yang sedap di Wachaa burger ni adalah Burger, Steak, Lamb, chicken dan banyak lagi.

10 TEMPAT MAKAN SEDAP SEKITAR JOHOR BAHRU

Ada lagi tau menu yang special.Boleh baca entry wachaa Burger Parit Kadir Johor tempat makan western yang murah dan sedap

Hah..Itulah dia 10 tempat makan sedap di Johor Bahru yang menarik dan pastinya harus untuk korang cuba apabila korang berada di Johor Bahru.

Semoga memudahkan koranga untuk buat pilihan makanan untuk dimakan.yang penting sedap dan berbaloi.

 

By siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

6 thoughts on “10 Tempat Makan sedap sekitar Johor Bahru”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *