RESEPI

10 Resepi Shell Out Mudah Wajib Cuba

10 Resepi Shell Out Mudah Wajib Cuba | Sesekali bershell out di rumah kan lagilah seronok.Kalau makan di kedai rasa tak puas.Bila di rumah macam-macam seafood yang kita boleh letak dengan modal yang murah berbanding makan di kedai.Tapi tak tau macam mana nak buat resepi mudah shell out ni?

Takpe, umi bantu korang senaraikan 10 Resepi Shell Out Mudah Wajib Cuba untuk dihidangkan bersama keluarga besar korang.Kalau makan kat kedai mungkin budget lebih besarkan..Kalau buat sendiri lagi jimat.

#1 RESEPI SHELL OUT HOMEMADE

Bahan-bahannya

  • 2 biji bawang besar
  • Segenggam cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu kari daging
  • Gula dan garam secukupnya

Blend semua bahan

Cara memasaknya

  1. Panskan minyak sedikit dan masukkan bahan yang di blend tadi
  2. Tunggu sehingga sambal naik minyak dan masukkan 2 sudu rempah kari daging dan gaul sehingga ianya betul-betul pekat.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  4. Last sekali masukkan ketam dan gaul rata.Kemudian masukkan sotong dan tunggu sehingga 5 minit.Masukkan lala dan last sekali baru masukkan udang, bunga kobis dan brokoli.Gaul rata dan last sekali boleh masukkan jagung rebus.Kalau nak masukkan la..Tak nak masukkan pun takpe

Air tak payah letak sebab udang dan sotong dah keluarkan air.

Kredit resepi : Nur Syafiqin

Teruskan membaca 10 Resepi Shell Out Mudah Wajib Cuba

#2 SHELL OUT MUDAH YAKMAT

Bahan-bahannya :-

  • 5 ekor ketam steam 2 minit
  • 10 ekor sotong steam
  • 1/2 kilo kerang steam 7 minit.
  • 10 batang sosej (boh sebab anak2 mtk)steam 2 minit.
  • Air steam boleh guna untuk masak rencah sambal atau buang.

 

Bahan sayuran :-

  • 1 batang jagung.
  • 1 biji lada benggala.
  • 1 batang carrot.
  • 1 biji tomato.
  • 1 biji brocolli.
  • Sayur semua potong-potong. Pastu steam 2 minit. Tomato tak steam.

Bahan rencah:

  • 3 biji bwg besar kisar.
  • 5 ulas bawang putih kisar.
  • 1 inci halia mayang.
  • 2 batang serai ketuk.
  • 10 sudu besar cili boh.
  • 2 sudu besar pes tomyam.
  • 5 sudu besar sos black pepper.
  • 2 tangkai daun kari.
  • 2 keping asam keping@ air asam jawa.
    Air steam @ air biasa.

Cara memasaknya :- 

Panaskan minyak plus margerin@butter. Tumis semua bahan di atas. Masukkan air, reneh bagi agak-agak pekat. Perasakan dengan garam dan gula.

Kecilkan api. Masuk bebahan yang dah siap steam tadi.

Kacau bagi rata dan siap dihidangkan untuk keluarga tersayang.

3# RESEPI SHELL OUT HOMEMADE

Bahan-bahan

BLEND :-
Bawang besar 2biji
Cili kering ( satu genggam )
Bawang putih 3ulas

Cara memasak :-

Tunggu sambal naik minyak masukkan rempah kari daging ( 2sudu ) sehingga betul2 pekat . Masukkan gula , garam & perisa secukupnya

Kemudian bahan seafood satu persatu seperti ketam, sotong, lala, udang dan lain-lain.

Kemudian masukkan sayuran.Tak perlu masukkan air kerana udang dan sotong akan mengeluarkan air

#4 RESEPI SHELL OUT DIJAMIN SEDAP

Bahan tumis
6 biji bawang merah (Mayang)
6 bijik bawang putih (cincang halus)
1 Inci halia (potong pjg²
2-5 biji cili padi ( kalu nak pedas Tambah lebih)

Bahan 1
20 tangkai cili kering.. Rebus & blend

Bahan 2
2 biji bawang besar
10-15 biji bawang merah
6 biji bawang putih
1 Inci halia
1 serai
Belacan sikit
Segenggam udang kering(rendam)

Bahan perasa
3-4 sudu serbuk kari ikan
2 SB sos tiram
2 SB sos BBQ
2 SB sos ikan
1 Biji gula melaka
Cuka, garam & gula
1 cube ayam knor

Cara memasak :-
Tumis bahan tumis sampai naik bau…

Panaskan setengah butter Dan masukkan cili kering yang dah diblend.Bila dah agak kering masukkan semua bahan 1

Agak pecah minyak masukkan bahan perasa… Masa ni tumis Lama sikit sambil rasa.Kalau  pedas, tambah gula

Perasakan secukup rasa… Asingkan kuah untuk digoreng dgn seafood..

Jagung rebus + brokoli (rebus)

Seafood:-

Ketam, udang, sotong, kerang rebus kejap… Lepas tu masuk dalam kuali goreng kejap..dan masukkan satu persatu. Rebus ketam goreng ketam dengan bahan kuah tadi, rebus sotong, goreng sotong pulak dengan ramuan tu… Begitulahhh seterusnya.

#5 RESEPI SHELL OUT MUDAH DAN SEDAP – untuk makan 7 orang

  • Ketam 2 ekor (belah 2) – rebus sampai masak
  • Kupang (1/2 kilo) – rebus sampai masak
  • Udang (1/2 kilo)
  • Sotong (1/2 kilo)
  • Jagung & brokoli – rebus sampai masak
  • Bwg putih, bwg merah, cili kering, halia-(blender)
  • Sos tiram (2sb)
  • sos ikan (1sb)
  • sos cili ( 5sb)
  • Asam keping (3pcs)
  • Kiub pati ikan bilis (1kiub)
  • Garam n gula (secukup rasa)

Cara Memasak :

1) Rebus bahan yg perlu direbus dan ketepikan.
2) Panakan minyak. Tumis bahan kisar dan asam keping sampai naik bau
3) Masukkan sos2 dan kiub pati ikan bilis. Kalau pekat masukkan air sikit.
4) Masukkan semua seafood. Kacau sebati. Masuk garam dan gula. 
5) Hidangkan dgn jagung dan brokoli. Hias lemon
6) Nasi panas-panas

6# RESEPI SHELL OUT BEST

Bahan-bahan

  • 1kg lala
  • 3 ekor ketam (potong 2)
  • 10 ekor udang saiz besar
  • 5 ekor sotong (potong sederhana)
  • 1kg siput sedut
  • 1kg kerang
  • 2ekor lobster (kalau ada)

Bahan-Bahan

  • 10 tangkai cili kering (potong, buang biji & rendam air panas)
  • Daun limau purut
  • bawang besar 2 biji (1 biji kisar, 1 biji lagi hiris utk tumis)
  • 10 ulas bawang putih (8 kisar, 2 ulas cincang utk tumis)
  • 1 inci halia (kisar)
  • 1sk udang kering (kisar)
  • 1 inci belacan (kisar)
  • 1sb rempah kari
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 1 batang daun kari
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1sb sos tiram
  • 1sk sos ikan
  • 2sb mentega
  • 2sb minyak masak
  • lemon (saya tak letak)
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak

  1. Siapkan bahan-bahan rempah dulu dengan mengisar semua bahan kisar. Lepas itu, panaskan mentega dan minyak masak dalam kuali.
  2. Tumis bawang dan besar, bawang putih dan daun kari. Selepas layu sedikit dan berbau harum, masukkan bahan-bahan kisar ke dalam kuali. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan rempah kari. Kacau lagi. Masukkan sos tiram, sos ikan dan kiub ayam. Kemudian masukkan garam dan gula. Selepas tu tutup api.
  4. Bahagi tiga kuah yang dah siap tu. Sebabnya nak menggoreng ketam, udang dan sotong secara berasingan. Lepas tu goreng jelah sampai setiap bahan tu masak.

siap!



7# RESEPI SHELL OUT

10 Resepi Shell Out  Mudah Wajib Cuba

 

Makanan Laut

Ketam, udang, kerang, sotong, lala. pepahat, remis, kupang, isi ikan.Terpulang nak letak apa jenis seafood pun

* Sukatan bahan makan laut ni terpulang, tapi haruslah bersesuaian dengan sukatan bahan rempah yang di sediakan.

Semua makanan laut ini di cuci bersih. Didihkan air bersama sedikit garam. Kemudian di rebus secara berasingan. Bukan rebus lama-lama tau! ala-ala macam celur aje.. sebab makan laut kalau over cooked nanti liat tak sedap. nak dia half cooked aje supaya bila masuk dalam rempah cepat aje kita masak.
Dah masak angkat dan ketepikan

Bahan Sayur-sayuran

Jagung manis ~ potong 3
Brocoli ~ di potong kecil
Kentang ~ potong wages atau belah 4
Carot ~ hiris bulat
Bunga kubis ~ potong kecil

Semua bahan sayuran ni di celur. Didihkan air dengan sedikit garam, kemudian celurkan sayur-sayuran kecuali kentang dan jagung tu kena rebus sampai empuk.

Bahan Rempah

Bahan A ~ di kisar

20 tangkai cili kering ~ buang biji dan rendam lembut ( kalau nak pedas boleh lebihkan )
2 labu bawang besar
15 ulas bawang merah
2 labu bawang putih ( 10 ulas )
1 inc halia
1 inc belacan
1 gengam udang kering ~ rendam lembut

Satukan semua bahan bersama air dan sedikit minyak masak, dan kisar hingga halus

Bahan B ~ di tumis

6 ulas bawang putih ~ di hiris halus
6 ulas bawang merah ~ di hiris halus
1 inc halia ~ di hiris halus
5 tangkai daun kari ~ di lurut daunnya sahaja
10 biji cili padi ~ di hiris halus ( nak pedas lebihkan )
2 batang serai ~ di titik ( ita tambah )
Minyak untuk menumis
1 sudu besar butter / margerine

Bahan C ~ perasa

3 sudu besar serbuk kari ikan
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
garam dan gula secukup rasa

Panaskan minyak bersama butter dalam kuali.
Masukkan bahan bahan tumis ( bahan B ) dan tumis hingga harum dan garing.

Bila dah garing, masukkan bahan kisar ( bahan A ) masak sampai garing. Masak ni biar lama-lama sikit biar cili betul-betul garing dan masak. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air dan masak lagi

Kemudian masukkan bahan perasa ( bahan C )
Mulakan dengan rempah kari, masak kejap bagi garing, kemudian baru masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada hitam , kiub ayam dan gula.
Kemudian baru masukkan garam
* berhati-hati dalam penggunaan garam kerana sos tiram dan sos ikan dah masin.
Biarkan kuah merenih sebentar.
Angkat dan masukkan dalam periuk lain
Tinggalkan 1 senduk besar dalam kuali

Panaskan semula dan masukkan kupang, masak sebentar ~ angkat

Panaskan 1 senduk besar lagi kuah dan masukkan ketam, masak sebentar ~ angkat

Panaskan 1 senduk besar lagi kuah, masukkan sotong, udang, brokoli, bunga kubis dan karot, masak sebentar ~ angkat
Masak seafood berasingan ya, ketam dulu, kerang, kupang dan lain-lain.

Sayur-sayuran tu  dimasak sekali bersama sotong dan udang.
Jagung dan kentang tak perlu masak dengan kuah,biarkan sahaja di rebus begitu.

#8 RESEPI SHELL OUT SWEET SOUR

10 Resepi Shell Out  Mudah Wajib Cuba

Makanan Laut

Ketam,Udang,Kerang,Sotong,Lala,Pepahat,Remis dan Kupang.

Bahan Sayur-sayuran

  • Jagung manis ~ potong 3
  • Brocoli ~ di potong kecil
  • Kentang ~ potong wages atau belah 4
  • Carot ~ hiris bulat
  • Bunga kubis ~ potong kecil

Bahan Rempah

Bahan A ~ di kisar

  • 20 tangkai cili kering ~ buang biji dan rendam lembut ( kalau nak pedas boleh lebihkan )
    2 labu bawang besar
    15 ulas bawang merah
    2 labu bawang putih ( 10 ulas )
    1 inc halia
    1 inc belacan
    1 gengam udang kering ~ rendam lembut

Bahan B ~ di tumis

6 ulas bawang putih ~ di hiris halus
6 ulas bawang merah ~ di hiris halus
1 inc halia ~ di hiris halus
5 tangkai daun kari ~ di lurut daunnya sahaja
10 biji cili padi ~ di hiris halus ( nak pedas lebihkan )
2 batang serai ~ di titik
Minyak untuk menumis
1 sudu besar butter / margerine

Cara-Cara:-

-Panaskan minyak bersama butter dalam kuali.
-Masukkan bahan bahan tumis ( bahan B ) dan tumis hingga harum dan garing.
-Bila dah garing, masukkan bahan kisar ( bahan A ) masak sampai garing. Masak ni biar lama-lama sikit biar cili betul-betul garing dan masak. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air dan masak lagi
Kemudian masukkan bahan perasa ( bahan C )
-Mulakan dengan rempah kari, masak kejap bagi garing, kemudian baru masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada hitam , kiub ayam dan gula.
-Kemudian baru masukkan garam

* berhati-hati dalam penggunaan garam kerana sos tiram dan sos ikan dah masin.
-Biarkan kuah merenih sebentar.
-Angkat dan masukkan dalam periuk lain
-Tinggalkan 1 senduk besar dalam kuali
-Panaskan semula dan masukkan kupang, masak sebentar ~ angkat
-Panaskan 1 senduk besar lagi kuah dan masukkan ketam, masak sebentar ~ angkat
-Panaskan 1 senduk besar lagi kuah, masukkan sotong, udang, brokoli, bunga kubis dan karot, masak sebentar ~ angkat
-Masak seafood berasingan ya, ketam dulu, kerang, kupang dan lain-lain.
-Sayur-sayuran tu masak sekali bersama sotong dan udang.
-Yang lain tak letak sayur.
-Jagung dan kentang saya tak masak dengan kuah, saya biarkan sahaja di rebus begitu.

Kredit to : Zambalkis Zainal Abidin Group (MAHN)

Cukup resepi ni? Jangan risau,ada lagi resepi di bawah ni.Teruskan membaca 10 Resepi Shell Out Mudah Wajib Cuba

#9 RESEPI SHELL OUT

10 Resepi Shell Out  Mudah Wajib Cuba

Bahan untuk Pes

  • Cili kering direbus
  • Bawang besar
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Asam keping(anggaran 2-3 keping)

Cara membuat pes

  1. Kisar kesemua bahan kecuali asam keping
  2. Tumis dengan sedikit minyak dan dua tiga keping asam keping

Cara memasak ketam

Panaskan minyak, senduk pes secukupnya.
Tambah sos cili, sos tomato, sos tiram sos ikan (jika menggunakan sos ikan tak perlu menggunakan garam).
Masukkan juga, kiub ikan bilis, sedikit gula, serbuk cili dan sedikit air
Masuk ketam lalu tutup kuali supaya ketam masak
Kacau beberapa biji telur dan curah atas ketam dlm kuali. Balik-balik kan ketam dan tutup kuali.
Siap dimasak.

Cara memasak udang:

Udang dibasuh bersih, ketuk beberapa ulas bawang putih diketuk.
Di dalam kuali masuk sedikit pes lalu tambah sos cili
Masak hingga kering sedikit
Masuk udang, kacau dan tutup kuali seketika. Siap.

Cara memasak sotong:

Sotong dipotong dan diperap dengan garam dan kunyit.
Ambil sedikit pes campurkan dengan kiub ikan bilis dan sedikit gula. Lumur pada sotong.
Masak menggunakan kuali non stick.
Balik-balikkan kan hingga kering dan masak ( jangan ditutup kerana sotong berair dan lembik)
Untuk kupang dan lala cara penyediaannya sama seperti sambal tumis.

Cara penyediaan sayur dan dressing:

Brokoli, bunga kobis putik jagung, lobak merah di celur dlm air garam lalu ditos.
Mayonis dicampur sos cili untuk rasa seperti sos Thousand Island.

perkongsian resepi dari : kongsi resepi

#10 RESEPI SHELL OUT BUTTERMILK

10 Resepi Shell Out  Mudah Wajib Cuba

Bahan kuah :
Buttercup separuh buku
Bawang putih 8 ulas cincang
Cili padi merah 8 biji potong ( lagi pedas lagi kawww rasa dia sebab pedas pedas lemak haa dari 8 bjik tmbah bg 15bijik mcm saya hahaha)
1 kiub ayam
Gula 2 sudu
Garam
Susu cair 1 tin
Daun kari

Cara-cara :
1.Cairkan buttercup
2. Tumis bawang putih sehingga naik bau
3. Masukkan cili padi potong
4. Masuk kiub ayam 1
5. Masuk susu cair 1 tin
6. Perasakan dengan gula dan garam tabur daun kari
7. Pekatkan dengan tepung jagung. (3 sudu tepung jagung dicampur air dan masuk dalam masakan). Agak2 kuah pekat sgt tmbah air sikit.

Bahan sayur :
Brocoli
Jagung
Carrot
Bunga kubis

Cara-cara :
1. Potong dan rebus semua sayur

Bahan lauk celup tepung :
Sotong
Udang
Tepung gandum
Tepung jagung
Lada hitam
garam
Telur

Cara-cara :
1. Cuci bersih sotong udang
2. Adunan tepung 1 senduk tepung gandum+ 1 senduk tepung jagung + garam + lada hitam
3. Panaskan minyak dalam kuali
4. Celup udang sotong dalam telur
5. Kemudiaan baru celup tepung dan goreng, akan jd crispy gitu.
Nak tambah kupang kerang ke boleh rebus je dengan garam n bawang sikit lepas tu nanti ruang sekali

Akhir sekali makanla shellout dgn gaya anda sendiri. Nak feeling g beli kertas minyak dan bulat2kan nasi dalam mangkuk makan berjemaah tuang kuah atas lauk dan sayur. Memang feels abis

Selamat mencuba

Perkongsian : Fa Phong

 

Lain orang lain resepinya kan.Kalau korang nak mencuba salah satu dari 10 Resepi Shell Out Mudah Wajib Cuba silakan lah ye.Kalau menjadi bagi tau umi ek.

 

 

 

 

 

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(4) Comments

  1. sedapnyaaa..da lama tak makan shell out…

  2. Sedapnya meratah, terliur pulak tengok gambar-gambar shellout.

  3. byk btul resepi shellout ni…lama tk buat shellout ngan family

  4. sedapnya lah semua resipi! Tak ramai yang suka buttermilk ke? Sekarang dah ada salted egg jugak kan?! Sedappp!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *