July 4, 2020
10 Resepi Masakan Cepat siap di bulan Puasa

10 Resepi Masakan Cepat siap di bulan Puasa

10 Resepi Masakan Cepat siap di bulan Puasa | Tinggal beberapa minggu je lagi untuk kita memasuki bulan puasa iaitu bulan Ramadhan

Semestinya ibu-ibulah yang paling sibuk dalam menguruskan segala yang berkaitan dengan puasa seperti menyediakan makanan untuk bersahur dan juga berbuka.

Nak sediakan juadah berbuka puasa kekadang ambil masa jugak kan, nak² bagi ibu yang berkerja macam umi ni.Kalau boleh naklah sediakan makanan yang mudah dan cepat untuk dimasak.

Umi pernah keluarkan satu entry tentang TIPS MEMASAK DI BULAN PUASA BAGI IBU BEKERJA.Dalam tips tu terdapat tips-tips yang boleh korang ikut dan segala tips tu umi dah buat.Alhamdulillah, takdelah kelam kabut sangat.

Dan apa pulak resepi masakan yang cepat untuk disiapkan sepanjang bulan puasa ni.Di bawah ni umi share sedikit beberapa menu masakkan yang mudah di bulan puasa yang boleh korang ikut.Jom tengok.

 

10 Resepi Masakan Cepat siap di bulan Puasa

Perkongsian dari facebook Pn Pnut Syafinaz tentang resepi masak cepat di bulan ramadhan umi share di blog ni untuk panduan umi dan juga mereka yang memerlukan.

1.KUIH CARA TUNA CHEESE

10 Resepi Masakan Cepat siap di bulan Puasa

Adunan tepung
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
1 cawan air (ini adjust ikut kesesuaian, jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair, try and error)
1 biji telur
Pewarna hijau atau kuning
*Blend semua bahan ni dalam blender sampai halus.

Cara-cara

Satu tin tuna gaul dengan sedikit lada sulah, lada hitam kasar sedikit garam
cheese parut (or slice potong-potong)

Sudukan adunan tepung dalam acuan kuih cara, letakkan tuna, dan letak cheese, bakar atas dapur, dan pastikan ada penutup kecil tutup acuan kuih cara agar wap panas boleh cepat masakkan tepung dan bahagian atas.

2.DONUT

10 Resepi Masakan Cepat siap di bulan Puasa

Buatlah dalam 3-4 kali ganda adunan ni untuk stok sebulan puasa. Yang bulat-bulat tak berlubang tu boleh goreng nanti. Belah jangan sampai putus. Letak sambal, letak telur dadar nipis, ikan bilis ke, sardin ni, timun then jadi mini burger or donut sambal.

Nak bekukan goreng agak kekuningan macam saya buat ni, dan simpan ikut portion sikit-sikit macam ni.

Ini resipi donut yang saya selalu guna untuk buat stok frozen, dan boleh tahan sampai 6 bulan, elok lembut.

Bahan-bahan:
20 g yis basah (fresh yeast) – kalau guna yis kering segera sebanyak 6 gram saja tapi best yis basah
125 ml susu segar suam
25 g mentega } dicairkan
2 kuning telur
250 gram tepung gandum
1-2 sudu besar gula castor
Minyak untuk menggoreng
Gula castor secukupnya utk taburan

Cara-cara
Campurkan yis dengan sedikit susu, kacau. Kemudian masukkan baki susu, mentega, kuning telur dan gula, kacau sebati.

Ayakkan tepung ke dalam mangkuk adunan yang lain, curahkan campuran yis tadi di tengah-tengah tepung kemudian gaul sebati.

Uli adunan sehingga menjadi doh yang licin (tidak melekat dijari) kemudian masukkan doh ke dalam mangkuk besar, tutup dengan cling film selama 1 jam.

Kemudian uli semula dan canai menjadi setebal 2 cm. Ambil penerap bulat, terap hingga habis.

Biarkan donut tadi atas dulang yang telah disapu dengan sedikit minyak dan biarkan selama 20-30 minit.  Goreng sehingga keperangan dengan api perlahan.

3.DAGING KISAR BEREMPAH

10 Resepi Masakan Cepat siap di bulan Puasa

Okey, ini yang paling saya suka buat, sebab banyak sangat kegunaannya.

Kalau nak buat banyak-banyak buatkan 3-4 bungkus daging kisar, dan gandakan bahan-bahan.

Bahan-bahan daging kisar berempah.

1 bungkus daging kisar
1 sudu besar rempah kari daging (kalau suka lebih rasa kari, lebihkan sedikit)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam kasar
garam gula secukup rasa

Cara-cara
1. Rempah, bawang putih, bawang merah di blend.
2. Tumiskan bahan-bahan di no.1 sampai naik minyak.
3. Masukkan daging kisar, lada hitam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. masak sampai sedikit kering. Sejukkan ikut portion kecik-kecil, senang sekali guna keluarkan satu protion.

Okey kegunaannya sangat banyak.

i. Boleh buat cara berlauk (resepi adunan kuih cara cheese, cuma tuna gantikan dengan inti daging kisar ni)

ii. Boleh buat puding roti daging.
Rendam beberapa keping roti dalam susu segar yang di pukul dengan telur, lada sulah, lada hitam, sedikit garam.
Rendam sehingga roti lembut dan tenggelam.
Lapikan roti yang direndam tadi satu layer kemudian letak inti daging satu layer, ulang roti satu layer, dan daging satu layer, tuttup satu layer lagi dengan roti, then taburkan cheese.

*Atau kalau malas nak layer-layer bagai, gaul ke semua roti rendaman tu dengan inti daging ni, bakar dalam oven sehingga masak.

iii. Roti john
Bancuh adunan daging kisar ni dengan 3-4 biji telur, tuang adunan atas bun utk sosej tu dibelah (jangan sampai putus). Terbalikkan, masak sampai elok gareng, then letak timun parut, mayonis dan sos.

iv. Makaroni bakar (ini kesukaan anak-anak saya)

Rebus 1 cawan makaroni (toskan airnya)
Pukul telur, campurkan daging kisar, gaulkan dengan makroni direbus tadi. Biar lembab dan berair sikit.
Taburkan chees, dan bakar.
*Refer gambar kiri bawah-letak dalam bekas aluminium foil macam tu. Kalau buat bulan puasa memendekkan waktu membakar dan tidak membazir.  Orang makan sikit-sikit je bulan puasa, tak habis simpan peti ais, esok panaskan balik.

v. Baked potato
Beberapa biji kentang russet dibelah dua. Kukus sekejap dalam 5 minit atau sehingga separuh lembut, jangan terlalu lembut
Korek isi kentang, tinggal berlubang (jangan korek terlalu nipis.
Kentang yang dikorek tu, lecek dan gaulkan dengan inti daging kisar ni, then tabur cheese, bakar la dalam 15-20 minit.

banyak lagi boleh buat. Tambah kentang dadu, gaul, jadikan inti karipap segera. Guna roti gardenia, letka inti tekap dengan acuan karipap, jadi karipap segera.

Paling-paling mudah, letakkan inti daging ni atas roti gardenia sekeping-sekeping then taburkan cheese. Biasa saya buat, sekeping roti gardenia saya potong 4 keping, dapat satu finger food untuk kids.

Jika balut dengan kulit popia, jadi samosa.

4. PASTE ASAM PEDAS

10 Resepi Masakan Cepat siap di bulan Puasa

Bahan-bahan

4 Ringgit cili kering digunting dan direbus (sorry tiada sukatan tepat)
Sedikit lengkuas (dalam 1 inci)
Sedikit kunyit hidup
20-30 biji bawang kecil (purple punya)
10-20 biji bawang putih
Sedikit belacan (secukup rasa)
Air asam jawa
Garam dan gula
Daun kesum
Bunga kantan
Serai di ketuk.

Cara-cara

Blender halus cili kering, bawang, bawang, belacan
Tumiskan semua blender masak sampai kering + serai
Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Masukkan air asam jawa secukup rasa, garam & gula
Tumiskan sampai betul-betul garing dan naik minyak.
Sejukkan simpan dalam portion kecik macam tu, nak masak nanti cuma defrost dan tambah air sahaja, then tambahkan haiwan-haiwan disukai, terung, bendi etc.

Ini kalau sampai rumah lagi 20 minit nak buka puasa sempat lagi masak ni. Haiwan-haiwan defrost awal-awal sebelum pi kerja)

Bahan-bahan agak lah ye. Nak buat banyak masa stok frozen, biasa saya memang buat untuk stok 2-3 bulan.

5.SAMBAL GESEK/TUK TUK JAWA

10 Resepi Masakan Cepat siap di bulan Puasa

Sambal gesek (or tuktuk jawa)
Nak buat banyak-banyak untuk frozen, gandakan aje ye)

Bahan
8 biji cili merah
10 biji cili padi (ikut kepedasan disukai)
8 ulas bawang kecil (purple)
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan, (dibakar dulu)
4 biji limau kasturi (or ikut selera masing2)
Garam dan gula.
Segenggam ikan bilis. (goreng sekejap, jangan garing, goreng sekejap je, biar masih lembik-lembik)

1 sudu minyak masak.

Cara-cara
Patah-patahkan cili-cili, belah-belahkan bawang
Goreng bahan-bahan ni dengan sedikit minyak masak, sikit je dalam 1/2 or 1 sudu minyak masak je.
Angkat toskan minyak.
Tumbuk dengan lesung batu bahan di goreng tadi dengan belacan, + garam + gula.
Tumbuk sekali dgn ikan bilis.
Perah limau kasturi, dan gaulkan.

Sedap sangat makan bulan puasa ni. Buat banyak-banyak bekukan portion kecik-kecik. Sejam sebelum berbuka keluarkan biar hilang sejuk bekunya, nanti boleh terus ngap.

*Dalam gambar saya letak petai, petai tu hiris-hiris, saya goreng juga sekejap dengan minyak yang sikit. Tak suka petai tak payah boh petai

6.PASTE REMPAH KARI KURMA

10 Resepi Masakan Cepat siap di bulan Puasa

Ini paste rempah kari dan kurma.

I am sure semua tahu buat kari kan?Tumiskan bahan-bahan kari kalian seperti biasa, masak sampai garing, sejukkan dan simpan ikut portion or bekas kecil-kecil macam tu. Siapkan dengan perahan asam jawa, garam gula, nanti nak masak cuma defrost dan tambah santan sahaja. Then masukkan haiwan-haiwan.

Gambar kanan, paste kurma dan sambal tumis. Sama je methodnya. Tumis semua bahan sampai garing dan naik minyak, then simpan small portion.

7.PUFF KOBOI

10 Resepi Masakan Cepat siap di bulan Puasa

Bahan-bahan
1 bungkus roti canai segera (mentah) brand Kawanku
Beberapa batang sosej (saya potong dua sosej, sebab nak bun comel-comel
Telur kuning untuk disapu.

Cara-cara

Potong roti canai 4 bahagian macam tu, then lipatkan macam dalam gambar. Kelar-kelarkan sedikit, sapu telur kuning then bakar 20 minit. Perghh buka posa makan panas-panas.

8.PASTE SAMBAL PETAI

10 Resepi Masakan Cepat siap di bulan Puasa

4 ringgit cili kering (gunting-guntingkan dan rebus)
10 biji bawang besar (saya suka sambal tumis bawang banyak)

Garam gula secukup rasa
Semangkuk besar air asam jawa
20 biji bawang putih
Blend semua bahan ni.

Cara-cara

Tumiskan bahan blend, masukkan garam dan gula, masak sampai garing dan naik minyak. Then masukkan air asam jawa. Masakkan sekali lagi sehingga kering air dan jadi pekat macam dalam gambar ni.

Simpan dalam bekas kecik-kecik, nanti nak guna defrost, tambah air dan haiwan-haiwan seperti udang, sotong, etc.

Dan saya juga suka frozenkan sekali dengan petai tu. Cam bebila tetiba rasa nak makan petai boleh je hehe.

9.PIZZA KOBOI

10 Resepi Masakan Cepat siap di bulan Puasa

Gambar kiri, saya guna roti canai segera, roti paratha brand Kawanku.

Gambar kanan, saya guna roti pita (saya suka cap Tesco or EON Big (jenama lain kureng)

Letak roti canai atau roti pizza atas dulang. Sapu sos spagethi atau sos cili je.

Atau gambar kanan saya guna thousand island sauce, kemudian tabur je apa neka pun – sosej, tuna, ayam, crab stick, apa-apa je. Pastu tabur cheese.

Ini kesukaan anak-anak. Kejap je setel pizza anak-anak.

10.PERENCAH SUP

10 Resepi Masakan Cepat siap di bulan Puasa

Bahan untuk rempah sup
Bawang putih
Bawang besar
Halia

Cara-cara
*Blend semua ni. Ikut suka la ye. Saya tiada sukat.

Tumis semua bahan denagn kulit kayu manis, bunga lawang, buah pala.
Masak sehingga naik minyak, dan simpan macam ni.

Nak masak sup cuma didihkan air, masukkan sesudu dua tempah sup, daging, ayam, masukkan kentang, carrot. Siap sup korang.

 

Mudah nampaknya kan.Yang best umi boleh frozen banyak-banyak buat tiap-tiap minggu.Memang menjimatkan masa umi nanti.

Nanti umi share lagi resepi-resepi mudah untuk korang cuba 

 

siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

View all posts by siti Rohaida →

2 thoughts on “10 Resepi Masakan Cepat siap di bulan Puasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *