10 Resepi guna roti sahaja mudah dan cepat | Alahai..Tak payah nak menguli tepung bagi mak-mak yang kesuntukkan masa nak buat menu sarapan atau minum petang buat anak-anak.
Guna roti putih je dah sedap untuk menghasilkan makanan kegemaran anak-anak.Umi compilekan 10 resepi ni untuk mak-mak cuba.umi pun dah cuba hari tu buat roti sardine guna roti gardenia.Mudah je weh..So, untuk korang selamat mencuba ye.
KARIPAP SARDIN MUDAH DAN SEDAP
BAHAN-BAHAN
- Roti Gardenia ( ikut korang nak berapa keping)
- Inti ( korang boleh masak sardin macam biasa dan lenyek-lenyekkan atau guna inti karipap)
- Tepung jagung( boleh jugak guna tepung gandum)
- Air
*Bancuh tepung jagung dengan air sehingga agak likat
CARA MEMASAK
- Gelek roti sehingga nipis dan tepi roti tu dibuang terlebih dahulu
- Sapu tepung jagung yang di campur dengan air di sekeliling roti.Tepung tu ibarat gam lah
- Letak inti di tengah-tengah roti
- Kemudia cantumkan hujung dengan hujung jadikan segitiga atau segiempat.
- Ambil garfu dan tekan-tekan sekeliling roti supaya ia tercantum elok dan nampak lebih cantik dan kemas
- Kemudian bolehlah digoreng di dalam kuali sehingga nampak kekuningan.
- Angkat dan hidangkan
ROTI KAYA GORENG BUTTER
BAHAN-BAHAN
- 2 Biji telur
- 4-5 keping roti putih
- Kaya secukupnya
- 1sm susu cair @ susu segar
- Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
- Sedikit butter
- Sedikit gula icing
CARA MEMASAK
- Pukul sebati telur, susu, garam dan lada sulah
- Sapu kaya pada roti.Kemudian lipat dua dan jadikan segitiga
- Celup ke dalam bancuhan telur dan biarkan seketika
- Panaskan butter di dalam kuali non stick, masukkan roti dan goreng sehingga garing.Balik-balikkan supaya semua sisi masak
- Angkat dan sejukkan sekejap sebelum di tabur dengan gula icing jika suka
Resepi asal : Nisak Abu hasan
ROTI TELUR CHEESE
BAHAN-BAHAN
- Roti
- Sosej
- Cheese
- Telur
CARA MASAK
- Lapiskan roti dengan cheese-roti-cheese.Tak kiralah korang nak buat berapa lapis
- Celupkan dalam bancuhan telur, oregano dan lada sulah
- Masak atas kuali non-stick pan hingga garing dan cheese meleleh
kredit resepi : makanapaaje.blogspot.com
RESEPI CUCUR ROTI
BAHAN-BAHAN
- 5 Keping roti putih ( potong dadu)
- 2 biji bawang merah (potong dadu)
- 1 biji cili merah (potong dadu)
- 2 biji telur ayam
- 2 sudu besasr tepung gandum
- 2 tangkai daun sup dan bawang(hiris halus)
- Sedikit ikan bilis(ditumbuk)
- Garam secukup rasa
- Sedikit air
CARA MEMASAK
- Gaul kesemua bahan sehingga sebati.Masukkan air sedikit demi sedikit dan jangan terlalu banyak kerana takut cair sangat.
- Panaskan minyak dan buat jemput-jemput bulat.Goreng dengan api sederhana.
- Terbalikkan cucur tersebut, dan biarkan seketika.Lepas tu boleh angkat.
Kredit mamaqaireen.com
RESEPI GARLIC BREAD
kredit : buatoranglapo
BAHAN-BAHAN
- 1 sudu butter
- 2 keping roti
- Parsley – boleh beli yang kering dalam botol
- Bawang putih or serbuk garlic – optional
CARA MEMASAK
- Ambil satu sudu butter, campurkan dengan parsley dan korang punya garlic tadi.
- Bagi yang guna bawang putih, just tumbuk sampai hancur dan gaukan sekali
- 1 dan 3 lepas dan siap tu, sapu dekat roti.
- Bakar dalam periuk ajaib,Bakar 5 minit untuk buat garlic bread yang simple dan sedap ni.
- Siap dan boleh dicicah dengan mushroom sup.
RESEPI BEBOLA ROTI GORENG
BAHAN-BAHAN
- 12 Keping roti – potong kecil
- 2 biji telur -saiz besar
- 3 biji cili merah dihiris
- Sedikit daun sup/bawang
- 1 biji bawang besar- kalau dah pakai daun bawang guna 1/2 je
- 2 sudu teh serbuk lada putih
- garam secukup rasa
- 1/2 kiub perasa ikan bilis
- 3 sudu besar mayonis
- 2 keping fishcake
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK
- masukkan roti di dalam mangkuk besar dan masukkan telur ke dalamnya
- Kemudian masukkan kesemua bahan kecuali minyak untuk menggoreng ke dalam mangkuk.Ramas-ramaskan sehingga sebati.
- Bulaat-bulatkan roti sehingga siap.Jangan terlalu besar.Goreng dalam minyak penuh sehingga keemasan.Toskan dan siap dihidang
Kredit Nisak Abu Hasan
RESEPI LASAGNA ROTI
kredit : buatoranglapo
BAHAN-BAHAN
- 1/2 Bawang besar
- 1/2 tube daging cincang
- 1 genggam mixed vegie
- sos cili & tomato
- Salt & pepper
- roti
- telur
- susu
- mozarella cheese
CARA MEMASAK
- Masak inti dulu.Tumis bawang dan masukkan daging biar sampai empuk.
- Masukkan sos cili dan tomato, salt dan pepper dan mixed vegie.Masak sampai kering .Rasa masin manis inti tu.
- Siapkan bahan roti.Pukul telur dan susu.
- Celupkan roti dalam telur dan susu tu.Then letak inti yang dah masak then tabur mozarella cheese.Ulang semula dari roti dan buat 2 layer.
- Bakar suhu 180c sampai garing.
RESEPI MUFFIN ROTI BUTTERSCOTCH
kredit photo and resepi : Nisak Abu Hasan
BAHAN-BAHAN
- 12-16 keping roti gardenia butterscotch
- 3 biji telur
- 2 cawan susu segar
- 1 cawan tepung
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh esen vanilla
- 3 batang sosek
- cheese mozarella
CARA MEMASAK
- Gelek roti hingga nipis dan tekap menggunakan tumbler plastik/cawan untuk membentuk bulat.
- Didihkan air dan rebus sosej dalam minit dan potong berbentuk mancis.
- Sapu acuan dengan marjerin /butter.Bentukkan roti macam kulit tart.
- Masukkan sosej dan cheese
- Masukkan telur, tepung, baking powder, susu segar dan esen vanilla ke dalam mangkuk.
- Pukul menggunakan wisker hingga sebati
- Tuang bancuhan telur ke dalam roti.
- Bakar pada suhu 180c selama 15-20 minit.
RESEPI PIZZA ROTI
Jom buat pizza guna roti je.Anak-anak mesti suka kan?
Kredit resepi : Roazura Bahari
BAHAN-BAHAN
- 1 Buku Roti
- Tomato Puri
- Cheddar Cheese
- Sosej
- Cendawan Butang
- Lada Benggala
- Kepingan ayam dipotong dadu
- Mozarella Cheese
CARA MEMASAK
- Dapatkan 1 buku roti gardenia.Susun dalam loyang dan renjiskan dengan air supaya roti kekal lembut selepas roti dibakar nanti.Selepas itu sapukan roti tersebut dengan tomato puri.
- Letakkan kepingan cheddar cheese ke atas roti yang telah disapu tomato puri tadi.
- Kemudian letakkan kepingan sosej, cendawan butang, lada benggala, kepingan ayam atau boleh tambah apa-apa ikut selera masing-masing.
- Akhir sekali taburkan mozarella cheese
- Kemudian bakar pizza tersebut di dalam oven lebih kurang 15 minit
- Hias dan poting pizza yang telah siap di bakar
RESEPI LASAGNA ROTI
BAHAN-BAHAN
•1/2 bawang besar
•1/2 Tube daging cincang
• 1 genggam mixed vegie
• sos cili n tomato
• salt n pepper
• roti
• telur
• susu
• mozarella cheese
CARA MEMASAK
1. Masak inti dulu. Tumis bawang, masukkan daging biar smpai empuk.
2. Masukkan sos cili n tomato,salt n pepper and mixed vegie. masak smpai kering sikit. Rasa masin manis inti tu.
3. Siapkan bahan roti. Pukul telur n susu.
4. celupkan roti dlm telur n susu tu. Then letak inti yg dh masak then tabur mozarella cheese buat 2 layer.
5. Bakar dengan suhu 180 c.
So siap untuk dihidangkan
Hah..Inilah resepi yang umi satukan dalam satu entry untuk rujukan umi bila terluang nak buatkan untuk anak-anak.
Semoga bermanfaat juga untuk korang
lasagna tu menarik. kena cuba ni. selalu buat roti goreng, roti sardin goreng je.
Rumah Sis plaing kerap, roti telur cheese tu haaa…pantang ada roti, mesti hbs cheese di kejekannn…
betul..kat rumah gitu ler..roti memang sekejap je ..
anak kita pantang dengan cheese, confirm tak lama dalam peti ais tu..Tapi dia memilih gak cheese..