10 Resepi Aneka Kerabu Yang Patut Cuba

10 Resepi Aneka Kerabu Yang Patut Cuba | Siapa peminat kerabu kat sini angkat tangan.Pelbagai jenis kerabu yang boleh kita dapati dan buat sendiri

Kerabu salah satu sajian yang ramai suka.Banyak jenis kerabu yang perlu korang cuba buat.Paling pebret umi adalah Kerabu kaki ayam.Selain tu umi suka juga kerabu perut dan kerabu kerang.Uih..Memang mables tau bila dapat makan kerabu ni.

Jangang pelik bila masuk kat blog ni banyak resepi makanan yang umi kongsikan ye.Maklumlah bulan puasa ni ramai yang mencari resepi makanan yang mudah disediakan yang umi sendiri cuba untuk buat.Jadi tak jadi belakang kira, janji buat dulu baru tau jadi ke tidak kan?

Jadi umi kongsikan 10 resepi aneka kerabu yang patut korang cuba.Resepi lauk yang mudah disediakan haruslah umi ikut..jimat masa uiii..

KERABU KAKI AYAM

BAHAN-BAHAN

  • Kaki Ayam
  • Bawang merah- dihiris nipis
  • Serai – dihiris nipis
  • Bunga kantan – dihiris nipis
  • Daun limau purut – hiris nipis
  • Cili merah- hiris nipis
  • Cili hijau – hiris nipis
  • Tomato – hiris nipis
  • Limau nipus
  • Kicap sotong secukup rasa

CARA MEMASAK

  1. Bersihkan kaki ayam dan rebus sehingga betul-betul empuk.Bila dah empuk, masukkan ke dalam bekas lain.
  2. Kemudian masukkan juga semua bahan yang dihiris halus dan gaul rata
  3. Perahkan jus limau nipis secukupnya dan tambahkan kicap sotong untuk tambah lagi sedap.Gaul sebati.
  4. Rasa dahulu, kalau tak cukup tambahkan gula dan garam.Dah ok, siap untuk dihidangkan.

kredit resepi : Norhamidah Abdul Hamid

KERABU PERUT THAI 

10 Resepi Aneka Kerabu Yang Patut Cuba

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kg perut lembu yang telah direbus
  • 2 batang serai – hiris halus
  • 1 biji bawang besar – hiris halus
  • 1/2 batang bunga kantan – hiris halus
  • 1 biji buah tomato – potong kecil
  • 10 biji cili padi – hiris halus
  • 1 biji limau nipis
  • cuka secukup rasa
  • sos ikan/sotong secukup rasa
  • garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK

  1. Perut lembu yang telah direbus dihiris kecil dan memanjang.Kemudian ketepikan
  2. Masukkan perut yang telah dihiris bersama bahan-bahan hirisan bawang, serai, bunga kantan, cili padi
  3. Dalam mangkuk yang lain campurkan garam, gula dan perahan jus limau nipis.
  4. Kacau rata, kemudian tuangkan dalam mangkuk berisi bahan hirisan tadi.
  5. Sekali lagi gaul rata
  6. Setelah cukup rasa, dah boleh dihidangkan 

kredit : Rasa

KERABU IKAN BILIS

10 Resepi Aneka Kerabu Yang Patut Cuba

BAHAN BAHAN

  • Ikan bilis yang dah di goreng
  • Tomato sederhana besar -belah 8
  • 5-6 biji cili padi – nak pedas boleh tambah
  • 2 ulang bawang merah-hiris halus
  • 1/2 biji limau nipis – ambil jus
  • 2-3 tangkai daun ketumbar – hiris halus
  • sedikit garam dan gula

CARA-CARANYA

  1. Campurkan semua bahan dalam satu bekas
  2. Perasakan dengan gula dan garam
  3. siap untuk dihidangkan

kredit foto dan resepi : FB Nor Aisyah

 

RESEPI KERABU SOTONG THAI STYLE

KERABU SOTONG

BAHAN-BAHAN

1 mangkuk Sotong
2 biji limau nipis
Daun ketumbar
1-2 bawang besar
3 sudu besar fish sauce
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam (ikut rasa)
5-10 Cili padi (ikut rasa)
NB: bole juga taruk tauge & tomato, dan seafood cocktail

Cara-cara:

1. Bersihkan sotong.

2. Potong bulat-bulat, masukkan kedalam bowl. Kemudian tarukkan boiling water dalam bowl. Rendam selama 5 minit, so sotong tu masih lembut. Separuh masak.

3. Potong cili, daun ketumbar (segenggam), bawang besar.

4. Campur semua bahan dan rasa dan ENJOY!

5. Selepas step ke-2, jangan lupa sejat sotong, buang air

kredit resepi: resepi viral

RESEPI KERABU MANGGA MUDA

kerabu mangga muda

BAHAN-BAHAN

  • 2 Biji mangga muda – disagat
  • 1 biji tomato – dihiris
  • 3 tangkai kacang panjang – dihiris
  • 7 tangkai cili padi
  • 2 labu bawang besar – di mayang
  • 1 sudu gula pasir atau gula melaka
  • 2 biji limau nipis – ambil jus
  • sedikit sos ikan
  • sedikit garam
  • kacang tanah goreng
  • ikan bilis goreng

CARA-CARANYA

  1. Mangga dikupas dan dihirs halus memanjang ataupun disagat
  2. Campurkan bawang besar, cili padi, gula, garam, sos ikan dan air perahan limau.Pastikan secukup rasa dan gula larut.Jika mahukan rasa lebih sebati, boleh tumbuk kasar bahan-bahan ini
  3. Masukkan mangga, tomato, kacang panjang, kacang tanah dan ikan bilis goreng.Gaul sehingga sebati dan sedia dihidangkan

kredit foto dan resepi : Nor Hafiza Binti Mansor

RESEPI KERABU KERANG TAUGEH

resepi kerabu kerang taugeh

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan taugeh
  • 5 batang kacang botor
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji cili merah
  • 1/2 cawan udang kering
  • 1 cawan isi kerang rebus ( boleh tambah jus limau nipis )
  • sedikit belacan
  • kerisik
  • garam dan gula secukupnya

CARA-CARANYA

  1. Bersihkan kacang botor dan dipotong nipis.Kemudian bersihkan taugeh dan celur dalam air panas selama 5 saat sahaja.
  2. Hiris bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dahulu.Kemudian tumbuk udang kering, belacan dan cili merah sampai lumat.Perah limau kasturi dan ambil jusnya.
  3. Masukkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk dan gaul rata.perasakan dengan gula dan garam.Gaul rata dan bila semua rasa dah cukup, sedia untuk dihidangkan

kredit foto dan resepi : makanpaaje.blogspot.com

RESEPI KERABU PEGAGA

Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 300 g daun pegaga 
  • 1 cawan kelapa parut (Ambil putih sahaja) 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris) 
  • 1 sudu makan gula pasir 
  • 7 biji limau kesturi
Bahan B (Sambal) *Ditumbuk
  • 3 biji cili merah 
  • 3 biji cili api (Sekiranya suka) 
  • 3 biji bawang merah 
  • 1 cawan ikan bilis 
  • 1 sudu teh belacan 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan daun pegaga dan hiris halus. 
  2. Masukkan semua bahan B dan kelapa parut ke dalam kuali. Panaskan sehingga sambal nampak kering. Kemudian tutupkan api. 
  3. Masukkan daun pegaga dan bawang besar. 
  4. Kacau rata dan perahkan limau kesturi. Rasakan garamnya. 
  5. Hidangkan bersama nasi putih.

kredit : myresipi.com

RESEPI KERABU DAGING LIMAU PURUT

resepi kerabu daging

Bahan-Bahan:

  • 300g daging, rebus smpai lembut
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 1 batang serai, hiris nipis
  • 1 biji tomato, hiris nipis
  • 5-7 biji cili padi, hiris nipis
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 biji limau nipis, ambil jus
  • 3 helai daun limau purut, hiris halus
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Hiris daging rebus nipis-nipis dengan cara melintang urat.
  2. Gaulkan daging bersama kesemua bahan di atas.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan sedikit gula kerana dapat mengimbangi rasa masam dan pedas.

kredit : resepichenom

RESEPI KERABU KACANG PANJANG

kerabu kacang panjang

BAHAN-BAHAN

  • 1 ikat kacang panjang
  • 1 biji timun saiz sederhana
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji buah tomato
  • 1/2 batang bunga kantan
  • 1 biji cili merah – boleh tambah
  • 1/2 cawan udang kering
  • jus limau nipis secukupnya
  • sedikit belasan
  • kerisik secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi.

CARA PENYEDIAAN

1.Bersihkan kacang panjang dan dipotong nipis/kecil-kecil kemudian potong timun kecil-kecil buang empulur tengah timun ni . Potong nipis-nipis bunga kantan dan potong buah tomato.

2.Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu .Tumbuk udang kering dengan belacan dan cili merah sampai lumat , perah limau kasturi dan ambil jusnya.

3.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing

kredit : resepi orang kampung

KERABU BAYAM BRAZIL

kerabu bayam brazil

BAHAN-BAHAN

  • 1 Biji mangga epal – hiris halus
  • 1 cekak bayam brazil
  • 8 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 4 ulas bawang merah
  • Belacan sebesar ibu jari
  • Kelapa parut anggaran 1 cawan
  • Udang geragau kering
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

CARA-CARANYA

  1. Tumbuk cili padi, cili merah, belacan, i ulas bawang merah dan kelapa parut sehingga lumat
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas berisi hirisan mangga, bayam brazil, udang kepal, bawang merah dan santan
  3. Gaul semua bahan hingga rata dan perasakan dengan gula, garam dan perasa secukupnya
  4. siap dihidang

kredit: rasa.my

 

Hah..itu sahaja 10 resepi aneka kerabu untuk dicuba.Tetiba teringin umi nak makan kerabu perut tu.Lama jugak tak buat.Boleh la nanti ikut resepi-resepi di atas ni.

 

(Visited 97 times, 1 visits today)

10 thoughts on “10 Resepi Aneka Kerabu Yang Patut Cuba

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.