PARENTING

10 Idea Aktiviti Untuk Anak Dalam Tempoh PKPB

10 Idea Aktiviti Untuk Anak Dalam Tempoh PKPB | Bukan mak pak je tepu otak bila terpaksa duduk di rumah, anak pun boleh tepu otak bila takde aktiviti yang menyeronokkan dia di rumah.

Bermula dari awal bulan 11 hari tu sampailah hujung bulan 12 nanti sekolah ditutup.Pembelajaran anak-anak mungkin sedikit terganggu apabila terpaksa dicutikan.

Dah la masa tempoh PKP pertama tu banyak pembelajaran tertinggal.Bila dah mula bersekolah, terpaksa pulak berselang seli sesi persekolahan dan keputusan Kerajaan untuk tutup sekolah sehingga akhir tahun lagilah buat ibu ayah stress.Lagi stress bila mak ayah bekerja dan tinggalkan anak di rumah atau di rumah pengasuh.

Tepu jugak otak anak bila tak dapat nak keluar rumah untuk buat aktiviti di luar.Mulalah meragam bagai nak rak bila di dalam rumah.Jadi kita sebagai ibu bapa kena ada planning dan schedule untuk anak-anak supaya mereka tak bosan.

Bukan suruh 24 jam pegang buku.Kalau umi pun bosan kan?haha..So, antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibubapa kepada anak-anak mereka sepanjang tempoh pkpb ni adalah perlu bagi memastikan anak-anak tetap beraktiviti supaya masa mereka boleh diisi dengan pelajaran.Bukan dengan buku sahaja, bermain pun boleh buat otak anak lebih pintar jugak kan?

10 Idea Aktiviti Untuk Anak Dalam Tempoh PKPB

Antara idea aktiviti yang boleh dilakukan di rumah untuk anak anak khususnya anak-anak antara umur 3-7 tahun ada umi senaraikan di bawah

1.LATIHAN MENULIS

Latihan menulis ni bagus untuk anak yang baru belajar nak menulis atau nak praktikkan menulis supaya tulisan lebih cantik.Sesuailah untuk anak-anak korang yang dah start nak menconteng.Dapatkan buku-buku latihan menulis seperti Buku 125 Latihan kawalan pensel ni.

Dalam buku ni terdapat banyak aktiviti menulis yang telah dikeluarkan oleh Dr Mahani untuk mahirkan anak mengawal pegangan pensil.

Anak-anak ni kalau dilatih selalu hasilnya akan lebih baik. betul tak.Korang yang nak dapatkan buku ni boleh roger-roger umi ek.Oh ya umi ada ceritakan secara terperinci tentang buku ni di entry Latih anak menulis dengan buku 125 latihan kawalan pensel.

2.PERBANYAKKAN LATIHAN MEMBACA

Sekarang ni pelbagai jenis buku dijual untuk memudahkan kita mengajar anak membaca di rumah.Perlu diingat, tak semestinya kita membeli buku sahaja dan membolehkan anak membaca.Kalau tak diajar memang sampai ke sudah mereka tidak akan tahu membaca kan.

Kebanyakkan tadika atau sekolah mengajar anak-anak dengan kaedah suku kata atau fonik.Jadi dapatkan buku yang sesuai untuk mereka.

Korang boleh jengah website mommyhappygroup untuk melihat pelbagai jenis buku menarik yang sesuai untuk anak-anak korang

3. PERMAINAN PIPELINE INSTRUCTION, PUZZLE DAN PERMAINAN YANG BOLEH MEMANTAPKAN MOTOR HALUS DAN KASAR 

Banyak je jenis permainan yang boleh kita dapatkan bagi membantu menguatkan lagi motor halus dan motor kasar anak-anak ni.Antara permainan yang kita boleh lakukan bersama anak-anak adalah permainan pipeline construction.

Bila korang dapatkan pipeline construction ni, korang akan lihat bagaimana anak korang membentuk sesuatu objek dari permainan ni macam si Auni dan Fiyah ni

Jadilah Sexaphone si kakak ni buat.Adik tak tau jadi ape..hahaha…dia kata kakak main sexaphone adik main harmonika.Oklah tu dik.

Selain tu permainan puzzle.Hah beli je puzzle dari Mommyhappy ataupun diShopee.

Nak tau apa kelebihan bermain puzzle boleh baca diSINI

Selain tu bolehlah dapatkan pelbagai aktiviti DIY di kedai MR DIY tu.Tapi umi nak pesan, kalau nak ke sana jangan bawak budak-budak..Risau berhantu kang..hahaha.Macam umi banyak bahan aktiviti umi beli dari sana. Boleh baca di entry SINI

4.AJAK ANAK MENGEMAS RUMAH, MEMBASUH KERETA DAN MENCUCI PINGGAN

Bukan hanya perlu ajak, malah kena ajar dari kecil supaya mereka lebih berdisiplin.Jadi mereka akan ingat sampai mereka besar apa yang perlu dibuat selepas bangun sahaja dari tidur.Ajak mereka sama-sama melakukan aktiviti mengemas rumah, membasuh pinggan, menyidai baju dan sebagainya.

5.BERKEBUN ATAU  MENANAM POKOK BUNGA

Kotlah korang ada tanah walau sekangkang kera di rumah, bolehla ajak anak-anak untuk berkebun.Tak pun tanam pokok bunga.Aktiviti ini dapat memupuk sifat berbudi pada tanah.Ataupun menanam pokok bunga.Boleh juga memupuk minat mereka pada tanaman hijau.Supaya mereka lebih suka dengan persekitaran yang hijau dan bersih.Gituuuu..

6.BERSENAM

Tak semestinya  kalau dalam tempoh PKP tak boleh bersenam.Tengok video-video Kelvin Zahari buat senaman ringkas dengan anak-anak beliau.Boleh buka video senaman dan buat sama-sama.Jadi anak-anak kekal menjaga kesihatan mereka dari kecil.Jangan jadi macam umi yang on/of je nak berzumba.Zumba pun kira senam jugak kan..At least keluar peluh tu.

7.MENONTON VIDEO/ CERITA YANG BERFAEDAH

Sebolehnya kita sama-sama guide anak-anak kita semasa mereka menonton apa juga rancangan di TV.Sesambil melayan mereka menonton tv tu sambil tu bolehlah mak-mak buat kerja lain kan? Anak tanye kita jawab..Hah gitu..Lepas tu tanye balik, macam mana jalan cerita yang anak-anak dah tengok tu.

8.SOLAT BERJEMAAH

Kalau dulu kita tak sempat nak solat sama-sama dengan anak-anak kan? So, masa nilah masa yang banyak dan paling sesuai untuk kita solat berjemaah dengan mereka.

Bila selalu buat, mesti mereka akan suka.Pupuk minat mereka untuk solat awal waktu.Sediakan kelengkapan solat yang boleh menarik minat mereka contohnya sejadah yang sesuai untuk mereka seperti di bawah ni

9. AKTIVITI KRAFT DAN SENI 

Yang ni korang boleh je google aktiviti art dan craft ni.Banyak sangat boleh jumpa di pinterest dan sebagainya.Cotohnya mewarna bekas telur 

Mewarna pun boleh meningkatkan fine motor skill anak-anak.So banyak lagi idea-idea menarik yang boleh korang dapatkan.

Takpun korang boleh dapatkan buku 365 panduan aktiviti pendidikan awal kanak-kanak ni.Macam-macam aktiviti yang korang boleh follow

10. PERBANYAKKAN AKTIVITI BBM DI RUMAH SUPAYA ANAK TAK BOSAN

Yang ni of course la korang boleh cari di telegram dan juga di facebook.Ramai je cikgu-cikgu yang kongsi bbm di facebook secara percuma.Semua bahan pun umi ambil dari sana.

Itu jelah perkongsian umi untuk aktiviti sepanjang tempoh cuti sekolah anak-anak ni.

Mana tau kan boleh bagi idea kat korang.

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(1) Comment

  1. Banyak aktiviti boleh buat masa musim PKPB. Kena kreatif bagi mereka tak bosan duduk rumah lama-lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *