10 Barang Althea Sempena Birthday Umi Yang Lepas

10 Barang Althea Sempena Birthday Umi Yang Lepas | Umi ada ceritakan tentang Birthday Gift yang Althea bagi sempena Birthday Umi di entry ini.

Selain dari Birthday gift dari babah, umi jugak dapat birthday gift dari Althea dalam bentuk points di website Althea..Berapa jumlahnya biarlah umi dan Althea Angels je yang tau…heheheh.

Dan apakah 10 produk yang umi aim sewaktu memilih produk-produk tersebut?

10 Barang Althea Sempena Birthday Umi Yang Lepas

 

POBLING PORE SONIC CLEANSER

POBLING PORE SONIC CLEANSER

Produk yang pertama dalam fikiran umi adalah POBLING PORE SONIC CLEANSER

Setiap kali (masa umi tengah rajin la) nak cuci muka, umi akan menggunakan Pobling Cleanser ni.Ia menggunakan batery tau, jadi bila nak guna, boleh tekan button tengah tu.Nanti ada rasa vibrate dan terus boleh cuci muka..Memang syok.Kalau korang pakai make up, sangat bagus guna pobling cleanser ni.

Harga Produk : RM88

Link Produk : https://my.althea.kr/pore-sonic-cleanser-white

REAL FIT MATE LIQUID

REAL FIT MATE LIQUID

Benda wajib yang selalu umi cari bila masuk website beauty produk adalah lipstick. Kali ni umi nak try REAL FIT MATE LIQUID kod Cinnamon Dolce Coral. kalau tengok kat website memang dah out of stock..Kira laku keras tau lipmate ni.

Harga Produk : RM37

Link Produk : https://my.althea.kr/shop-beauty/makeup/lip-makeup/real-fit-matte-liquid

PERFUME IN HAND CREAM CALMIA

PERFUME IN HAND CREAM CALMIA

Ini pulak Perfume in hand cream Calmia. Ada 5 wangian iaitu Bloom Rose, Cherry blossom, Cotton musk, Secret Pure, Sweet love.Tapi umi beli 3 jenis jelah.Dan sekarang ni umi guna yang cherrry blossom.Memang wangi

Harga Produk : RM8

Link Produk :https://my.althea.kr/shop-beauty/hair-body/body-care/hand-foot-care/beauty-look-love-signs-of-2018-calmia-perfume-in-hand-cream

Perfect UV Protection Cream Long Lasting

PERFECT UV PROTECTION CREAM LONG LASTING -OILY SKIN

PERFECT UV PROTECTION CREAM LONG LASTING -OILY SKIN

Produk wajib yang perlu umi beli.Beli cream ni boleh bertahan sehingga 3 bulan.Tapi tengok pada pemakaian korang lah kan.Masa mula-mula pakai UV protection ni, umi risau gak takut tak sesuai kan.Maklumlah kulit muka umi ni jenis Combination.So, takut gak kan tak kena dengan muka. Tapi sangkaan umi of courselah meleset sebab ianya memang sesuai dengan kulit umi yang kadang² oily ni.Sebab tu umi cari jenis yang sesuai untuk oily skin.Jadi umi tak risau lah kalau berpanas pun sebab Produk ni memang betul² jaga kulit muka umi dari cahaya Matahari.Jangan risau sebab produk ni ada SPF50++  dan PA+++

Harga Produk : RM52

Link Produk : https://my.althea.kr/shop-beauty/skincare/basic-care/sun-care/perfect-uv-protection-cream-long-lasting

NATURAL PURE COTTON

NATURAL PURE COTTON

Wajib beli ni buat stock tau.Boleh bantu umi untuk tanggalkan make up menggunakan remover make up.Boleh juga untuk apply toner kat muka.Sangat bagus dari cotton pad biasa tu.Rugi kalau tak beli tau.

Harga Produk : RM12

Link Produk : https://my.althea.kr/calmia-cotton-pad

 

HERB DAY 365 CLEANSING FOAM LEMON

HERB DAY 365 CLEANSING FOAM LEMON

Masuk botol yang kedua umi gunakan dan rasa serasi sangat.Umi suka sebenarnya bau lemon ni.

Harga Produk : RM12

Link Produk : https://my.althea.kr/herb-day-365-cleansing-foam-lemon

PETAL VELVET POWDER

PETAL VELVET POWDER

Petal Velvet  Powder ni ,dari 1st keluaran umi dah cuba dan jadi salah satu benda wajib bila umi make up.Umi suka guna yang Warm beidge.Jadi kenalah dengan tone kulit umi kan.Selalu beli buat stock kat rumah

 

Harga Produk : RM16

Link Produk : https://my.althea.kr/petal-velvet-powder

POWER 10 FORMULA PO EFFECTOR

POWER 10 FORMULA PO EFFECTOR

pertama kali cuba.Umi beli ni pun sebab bila lihat description pasal Power 10 Formula ni.Umi cerita serba sedikit eh tentang Power 10 Formula ni.Ia membantu mengecilkan pori pada muka.Selain tu, ia memberikan apa yang diperlukan oleh kulit kita.Macam kulit umi ni. kadang dia terlalu dry, bila umi apply ke kulit muka, ia jadikan kulit muka lebih lembut dan senang lah nak apply foundation.Sangat cepat absorb ke  dalam kulit tau.Selain tu, dia boleh control pengeluaran sebum dan takdelah kulit terlalu oily.Korang wajib cuba tau

Harga Produk : RM30

Link Produk : https://my.althea.kr/power-10-formula-po-effector

OATMEAL THERAPHY PEELING GEL

OATMEAL THERAPHY PEELING GEL

Sangkaan umi meleset sebab umi ingatkan produk ni mampu untuk mengeluarkan blackhead dan white head umi.Tapi yang bestnya kan. bila apply kat kulit, sejuk weh..Serius best.Lagi satu kotoran yang kat muka tu akan keluar bersama dengan oat tu…Korang yang takde masalah untuk kulit muka macam umi ni sesuai kot pakai…

Harga Produk : RM21

Link Produk : https://my.althea.kr/calmia-oatmeal-peeling-gel

SOOTHING & MOISTURE ALOE VERA 90% TONER 

SOOTHING & MOISTURE ALOE VERA 90% TONER 

Disebabkan hari tu Toner dah habis, so, umi cubalah tengok Toner apa yang sesuai dengan kulit umi ni.Yelah..Jenis kulit sensitif ni nak kena jaga elok².. kang kalau dah breakout teruk..adoiii..naya betullah kan.

 

Harga Produk : RM37

Link Produk : https://my.althea.kr/aloe-vera-90-toner

 

 

Hah..Maka lengkaplah 10 produk yang umi dah dapatkan di Althea ni.Dan umi dah guna produk² di atas lebih dari sebulan.Semuanya memuaskan..Eh..ada yang umi guna berbulan-bulan dah weh..

Untuk korang yang nak dapatkan jugak Produk Althea ni, boleh la ke website Althea ni seperti di bawah ye.

 

https://my.althea.kr/

 

Loading

2 Comments

  1. owhhh..kat website althea tu ada jual produk dari brand lain jugak ya…baru tahu..best2 semua pilihan kekda tuuu..bila ku congak darab bahagi, wowwww banyak tuuuuuuu point althea kasi! bestnya!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *