August 7, 2020

10 Aneka Resepi Sotong Mudah dan Sedap

10 Aneka Resepi Sotong Mudah dan Sedap | Untuk resepi Sotong ni, memang banyak yang boleh digoogle untuk dijadikan menu samada untuk makan tengahari atau malam.Paling diminati oleh anak-anak umi adalah Sotong goreng tepung.

Bila kita google, banyak je resepi sotong yang kita boleh lihat dan ikut.Tetapi di bawah ni umi senaraikan sebahagian  carian popular resepi sotong untuk dijadikan hidangan sekeluarga.

#1- Sotong Masak Kicap By Azie Kitchen

resepi sotong masak kicap

Resepi sotong masak kicap ni ramai yang sukakannya.Sangat mudah disediakan.Umi pernah cuba resepi dari kak Azie Kitchen ni tau.So, korang memang patut cuba resepi ni.

Bahan-Bahan

  • 500 gram sotong
  • 1 biji bawang besar holland-hiris bulat
  • 3 tangkai cili merah-hiris serong
  • 2 tangkai cili hijau- hiris serong
  • 2 helai daun limau purut
  • Sedikit air asam jawa
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil serbuk cukup rasa Knorr
  • Kicap masin secukupnya
  • Gula secukupnya

Cara-cara

  1. Gaul rata sotong bersama sedikit garam, serbuk cukup rasa Knorr dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis sotong tadi
  3. Tutup kuali dan biarkan air sotong kering.
  4. Bila air sotong kering, ia akan terbit minyak, kacau sekali sekala sotong supayat tidak hangus.
  5. Masukkan  air asam jawa diikuti dengan gula dan kicap masin secukupnya.Kacau sebati.
  6. Masukkan hirisan lada hijau dan lada merah.Masukkan daun limau purut dan bawang besar.kacau lagi.
  7. Bili cili dan bawang mula layu, bolehlah tutup api dan sedia untuk dhihidangkan.

 

#2 – Kari Sotong Mamak tanpa Santan

Bahan-Bahannya

  • Semangkuk udang(ikut ler korang nak banyak mana dan yang penting korang buang air sotong tu dengan masak seketika di dalam kuali
  • 3 batang daun kari
  • Bawang putih dan bawang merah dihiris halus
  • Bawang blend – ( bawang putih, merah dan sedikit halia)
  • rempah 3 sekawan( umi letak yang kecik-kecik je sbb taknak rasa kuat sangat.
  • Serbuk kari 3-4 sudu
  • air
  • garam dan gula
  • air asam atau asam keping

CARA MASAK KARI SOTONG MAMAK STYLE NI 

Mula-mula sotong tu korang rebus keluarkan air .Lepas tu panaskan minyak dan masukkan bahan hiris, rempah 3 sekawan, dan juga daun kari.Daun kari tu penting.. Masukkan bahan blend sehingga naik bau.

Kemudian masukkan serbuk kari, agak-agak dah naik minyak , masukkan sotong dan perasakan dengan garam gula dan juga asam jawa.

Rasa dah ok semua boleh la tutup api dan hidangkan.Bila dah masuk sotong tu tak boleh la biarkan lama.Nanti sotong tu jadi kecik dah tak sedap nak makan.

#3-Sotong Goreng Telur Masin by Fiza lgk

Bahan-bahan

Bahan A

  • 500 gm sotong
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam

Bahan B

  • 3 sudu makan mentega
  • 2 pelepah daun kari
  • 7 tangkai cili padi -dicincang
  • secubit gula
  • 1 kiub ayam
  • 2 biji telur masin yang telah direbus- ambil yang kuning dan dihancurkan.

CARA MEMASAK

  • Campur lada hitam dengan tepung jagung dan golek sotong ke dalam tepung tersebut.
  • Goreng sotong dengan minyak yang panas sebentar sahaja.Jika terlalu masak, tekstur sotong tersebut akan keras.
  • Cairkan mentega dengan api kecil, lalu masukkan kuning telur masin yang telah dihancurkan sambil terus di kacau.
  • Jika telur masin mula berbuih, masukkan daun kari, kiub ayam, gula dan cili padi.
  • Kecilkan api dan campur sotong goreng ke dalam adunan kuning telur.Apabila telah sebati, bolehlah matikan api dan hidangkan.

resepi dan gambar : fizalgk

#4 – Sotong Masak Merah Ala Thai

resepi sotong masak ala thai

Bahan-Bahan

  • 500 gm sotong
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang puith
  • 8 biji cili padi
  • 1 sudu besar gula apung thai(boleh ganti gula pasir/gula melaka)
  • 1 sudu besar sos nampla ( sos ikan thai)
  • 2 biji limau nipis(perah jusnya, kulit lmau dipotong dadu)
  • 1 biji tomato- potong dadu
  • sedikit daun ketumbar

Cara-Caranya

  1. Rebus sotong ketika.Ambil sesudu besar air rebusan, baki toskan.Ketepikan
  2. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga agak halus
  3. Masukkan ke dalam mangkuk
  4. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya.Gaul sebati semua bahan tadi bersama bahan yang telah ditumbuk halus.
  5. Masukkan tomato dan daun ketumbar.Gaul rata

Resepi dari : Khaidijah Mamat

#5 – Sotong Masak Serai 

Bahan-Bahan

  • 5 Ekor sotong bersaiz besar
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 6 batang serai*
  • 8 biji cili api merah*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • garam
  • gula
  • 1 senduk minyak masak
  • 1 biji bawang merah dipotong bulat
  • 1 biji cili merah dipotong serong

Kesemua bertanda * blend ya

Cara-caranya

  1. Potong sotong ikut citarasa masing-masing, cuci dan kemudian ditoskan
  2. Panaskan kuali dengan api kuat, terus masukkan sotong,Kacau dan nampak sotong dah berubah warna putih, tutup api dan ketepikan.Asingkan air sotong ke dalam bekas lain.
  3. Gunakan kuali yang bersih, panaskan minyak untuk menumis
  4. Tumis bahan yang diblend sehingga garing dan pecah minyak.Masukkan air setengah cawan, biar bahan tumisan mendidih dan rempah tumisan garing semula.
  5. Masukkan sotong yang dah diasingkan dari airnya ke dalam kuali dan kacau rata.
  6. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa jika perlu.
  7. Kalau nak berkuah, masukkan semula air rebusan sotong tadi.
  8. Agak-agak sotong dan sebati dengan rempah, boleh masukkan bawang merah dan cili merah.Kacau rata selama 30 saat dan sedia untuk dihidangkan.

kredit gambar dan resepi : anakayahden

#6 – Sotong Masak  Kam Heong

Bahan-Bahan

Perapan Sotong

  • 2 ekor sotong saiz besar
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu makan serbuk lada putih
Bahan Kuah
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit air
  • secubit gula
  • 3 tangkai cili padi
  • 3 tangkai lada kering

 

Cara-caranya
  1. Gaul sotong dengan garam, tepung jagung dan serbuk lada putih.Biarkan sekejap dan goreng sehingga masak.Angkat dan ketepikan
  2. Untuk kuah, cincang bawang merah dan bawang putih.Bawang besar dipotong wedges.
  3. Tumis bawang yang dicincang bersama daun kari dan cilipadi hingga wangi dan kekuningan.
  4. Masukkan paste kari dan tumis sehingga pecah minyak.Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap cair.Kacau sekata.
  5. Kemudian masukkan bawang besar dan cili kering.Tumis hingga bawang layu.Tambahkan sedikit air untuk medapatkan kuah.Kalau suka kering tak payah masukkan air.
  6. Masukkan sotong yang telah digoreng, dan perasakan dengan garam dan gula.
  7. Siap untuk dihidangkan

Resepi oleh : Mamajue Cookpad

#7 – Sotong Sumbat Masam Manis

Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A (Bahan Sumbat)
  • 200 g udang (Dibuang kulit)
  • 2 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 biji telur
  • 1 biji cili hijau (Dihiris)
  • 1 biji cili merah (Dihiris)
  • 1 pokok daun bawang (Dihiris)
  • 1 pokok daun sup (Dihiris)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Sambal)
  • 500 g sotong
  • 1 labu bawang besar (Dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 5 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu teh gula
  • 1 pokok daun daun bawang
  • 2 sudu makan minyak

Cara menyediakan dan memasak:

Cara Membuat Bahan Sumbat
  1. Panaskan minyak, tumiskan udang dan bawang merah kemudian kacau rata.
  2. Masukkan telur dan biarkan sehingga keras. Kemudian hancurkan.
  3. Masukkan bahan yang dihiris dan garam. Kemudian kacau rata.
  4. Tutup api dan ketepikan.
Cara Membuat Sambal
  1. Buangkan kulit sotong, bersihkan kemudian tuskan.
  2. Masukkan bahan sumbat yang sudah digoreng ke dalam sotong kemudian masukkan kepala sotong. Sematkan dengan lidi.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
  4. Masukkan sos tomato, cili kisar, dan gula. Kemudian kacau rata.
  5. Masukkan sotong dan masakkan sehingga mendidih.
  6. Masukkan ke dalam pinggan dan taburkan daun bawang. Sedia dihidangkan.

#8 -Sotong Bakar Percik

Bahan-Bahan
  • 8 ekor sotong besar
  • 10 biji cili kering*
  • 5 biji cili padi*
  • 5 biji cili merah*
  • 1 labu bawang besar*
  • 2″ halia*
  • 2′ lengkuas *
  • 2 batang serai *
  • 1 helai daun kunyit-dihiris halus
  • 4 helai daun limau purut – dihiris halus
  • 1 batang serai- dititik
  • 1 sudu besar air asam
  • Garam dan perasa secukupnya

Cara-caranya

  1. Bersihkan sotong dan potong
  2. Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak.Kemudian susu di dalam pinggan.
  3. Kisar bahan bertanda *
  4. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
  5. Masukkan serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau, air asam beserta garam dan perasa.
  6. Masak lagi sehingga mendidih
  7. Tuangkan ke tas sotong yang telah disusun di dalam pinggan
  8. Sedia untuk dihidangkan

Kredit resepi : mohonclashh

#9 – Ketupat Sotong

Bahan-bahan

  • Sotong (4kg sotong untuk 10 orang makan)
  • Pulut susu 1kg
  • Gula melaka 8 kerek kecil
  • 3 helai daun pandan
  • Lidi Pencungkil gigi
  • 1kg santan cair
  • 1kg santan pekat

Cara-caranya

  1. Siang sotong dan buang kulit dan mata.Basuh dengan air garam dan toskan
  2. Basuh pulut susu dan toskan
  3. Siat kecil daun pandan dan letak pada dasar periuk
  4. Letak santan pekat dan garam secukupnya ke dalam pulut susu yang telah dibasuh dan gaul sebati.Rasa sedikit untuk pastikan cukup masinnya
  5. Masukkan pulut susu ke dalam sotong dan tinggalkan suku ruang bagi ruang pulut mengembang.Jangan terlalu ketat dan terlalu longgar kerana takut sotong pecah waktu masak nanti.
  6. Sumbat kepala sotong pada bahagian atas dan cucu lidi menyilang menikam kepala dan badan sotong.
  7. Terus masukkan sotong yang disumbat pulut ke dalam periuk berisi daun pandan.
  8. Setelah siap, letakkan periuk di atas dapur tanpa perlu nyalakan api.
  9. Masukkan santan cari dan lebihan santan pekat ke dalam periuk berisi sotong.Campur setengah cawan air ke dalam santan.Tak perlu kacau.
  10. Letak gula melaka ke dalam periuk tadi tanpa perlu pecahkan.
  11. Buka api sederhana kecil dan tunggu sehingga gula melaka hancur dan santan sedikit pekat.
  12. Setelah rasa manis okay dan santan sedikit pekat, boleh tutup api dan makan.

Kredit resepi  : Fatin Pauzi

#10 – Sotong masak 3 rasa

Bahan-bahan :

  • Sotong setengah kilo,
  • Ubi kentang 2 biji (goreng dulu dan ketepikan),
  • Cili merah 3 biji,
  • Cili padi 6 biji,
  • Bawang kecik 3 ulas,
  • Sedikit belacan,
  • Bawang putih 2 ulas (semua tumbuk dulu ya),
  • Serai sebatang ketuk-ketuk,
  • Air asam jawa satu cawan,
  • Sedikit kicap manis,
  • Pati ayam knorr seketul,
  • Sedikit garam dengan gula.

Hiasan :

  • Cili padi 6 biji,
  • Cili merah sebiji,
  • Sedikit daun bawang.

Cara-cara :

  1. Tumis bahan-bahan yang dtumbuk tadi sampai pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan air asam jawa, air lemon 2 sudu kecil, sedikit kicap manis, pati ayam, garam dengan gula.
  3. Masak bagi pekat kemudian masukkan sotong. Masak sampai kering sedikit kuah.
  4. Kemudian masukkan ubi yang d goreng tadi dengan hiasan.

 

Semoga bermafaat untuk korang

siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

View all posts by siti Rohaida →

One thought on “10 Aneka Resepi Sotong Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *