10 Aneka Rendang menu hari raya patut cuba

10 Aneka Rendang menu hari raya patut cuba | Kalau cerita pasal juadah hari raya ni, memang tak sah hari raya kalau takde rendang.

Hidangan Menu Rendang patut ada di pagi hari raya bagi umi.Kalau takde Rendang rasa macam tak lengkap juadah dipagi raya.

Kalau cerita pasal rendang ni, pelbagai jenis rendang mengikut Negeri.Ada yang berlainan cara masaknya mengikut Negeri ni tau.Jadi umi bantu korang untuk compile kan jenis rendang yang patut korang cuba untuk juadah di pagi hari raya.

10 JENIS RENDANG MENU HARI RAYA PATUT CUBA

Resepi Rendang Ayam Kelantan

resepi rendang kelantan

BAHAN-BAHAN

• 1 ekor ayam (lebih kurang 1½ kg)
• 15 biji bawang merah kecik atau 5 biji bawang besar
• 4 ulas bawang putih
• halia sebesar ibu jari
• 10 biji cili merah (tapi kjee tambah 5 biji cili api dan 5 biji cili kering utk pedas)
• 2 helai daun kunyit diracik cam bunga rampai.
• 3 helai daun limau purut
• 2 batang serai
• 2 cawan pati santan
• garam
• sedikit gula

CARANYA:

• Potong ayam ikut suka.
• Kisar semua bahan tumis kecuali serai, daun limau purut dan daun kunyit.
• Tumis sampai garing.
• Masukkan serai yang telah diketuk-ketuk.
• Apabila sudah terbit minyak, masukkan ayam.
• Gaul sampai sebati dengan rempah.
• Masak guna api sederhana sehingga ayam tu kecut.
• Kemudian masukkan santan, daun limau purut, garam dan sedikit gula.
• Masak lagi sehingga kauhnya pekat.
• Jika inginkan ia berkuah atau suka yang kering, adjust sendiri masa memasak.
• Apabila sudah masak, padam api dan taburkan daun kunyit.
• Walaupun resipi ori tidak letak asam keping, kadang-kadang jee letak

Kredit : Fauziahsamad.com

Resepi Rendang Ayam Berempah

resepi rendang berempah

Bahan-bahannya:

1 ½ kg ketul ayam (saiz ketulan ayam yang dibelah 16)
2 cawan santan sawit KHALIS (Boleh juga guna pati santan kelapa biasa)
200 gm kerisik
1 keping asam keping (asam gelugor)
Beberapa helai daun limau purut
4 – 5 biji cili padi merah, dipatahkan (opsyen)
3 sudu besar gula merah
Garam secukup rasa

Bahan-bahan No. 2

3 sudu besar serbuk rempah kari daging
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk cili halus
Air suam secukupnya
(Bahan-bahan no. 2 disatukan dan dibancuh dengan air suam, dijadikan pes)

Bahan-bahan No.3

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
3 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
5 cm halia
Air suam secukupnya
(Bahan-bahan No. 3 disatukan dan diblend halus)

Bahan-bahan ditumis:

1 senduk nasi minyak untuk menumis
2 batang serai – diketuk
2 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Penyediaannya:

1. Panaskan minyak di dalam kuali besar. Tumis serai, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga naik bau.

2. Kemudian masukkan bahan-bahan No. 2 yang telah dijadikan pes. Kacau rata dan biarkan ia masak seketika (selama 5 minit) sehingga naik bau.

3. Masukkan pula bahan-bahan No. 3 yang telah dikisar halus dan dikacau rata. Masak sehingga terbit minyak.

4. Setelah terbit minyak bolehlah dimasukkan ayam. Kaup balikkan ayam dengan adunan rempah tadi sehingga bersalut. Sekiranya kuah agak pekat, bolehlah dimasukkan 1 cawan air. Perlahan api, dan biarkan ayam mereneh selama lebih kurang 10 minit.

5. Kemudian masukkan santan, kerisik, gula merah, garam secukup rasa, asam keping, daun limau purut dan cili padi merah. Kacau rata dan masak sehingga ayam empuk dan kuah agak pekat. Gunakan api yang sederhana dan kaedah mereneh.

6. Sekiranya suka rendang berkuah, janganlah masak sehingga kering. Sebaiknya setelah ayam telah empuk, bolehlah diangkat.

Rendang Ayam Hijau

resepi rendang hijau

Bahan-Bahan

• 1 ekor ayam, dipotong 12 bahagian
• 250 ml santan
• 2 sudu besar kerisik
• Garam dan gula secukup rasa
• 2 keping asam gelugor
• 2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus-Yatie tambah
• 1/2 cwn minyak utk menumis
• sedikit air jika perlu

Bahan Kisar

• 4 batang serai-hiris halus
• 1 inci halia
• 1 inci kunyit hidup
• 1 inci lengkuas
• 30 biji cili padi hijau
• 4 tangkai cili hijau-Yatie tambah
• 10 biji bawang merah
• 1 labu bawang besar-Yatie tambah
• 5 ulas bawang putih

Cara Memasaknya

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga garing.
2. Kemudian masukkan ayam dan kacau hingga rata.Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula dan garam secukup rasa.
3. Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.
4. Bila cukup kering, bolehlah diangkat.
5. Sedia untuk dihidangkan.

kredit : kek ceplos

Rendang Ayam Negeri Sembilan

rendang ayam negeri sembilan

Bahan-bahan

• 1 ekor ayam, dipotong 12
• 285g bawang merah, dikupas
• 130g bawang kecil, dikupas
• 25g bawang putih, dikupas
• 12g kunyit hidup
• 80g halia tua
• 33g lengkuas
• 5g daun limau purut (kira-kira 3 daun, dikoyak sedikit)
• 20g serai, akar sahaja
• 115g gula Melaka
• 105g cili boh
• 12g serai, ditumbuk sedikit
• 16g daun kunyit (kira-kira 1-2 daun)
• 1kg santan
• 90g kerisik
• 2 sudu besar garam


Kaedah
1. Kisar bawang merah, bawang kecil, bawang putih, kunyit hidup, halia, lengkuas dan akar serai hingga sebati.

2. Chiffonade daun kunyit.

3. Dalam periuk besar yang berat, pasangkan api pada suhu tinggi dan tambahkan campuran bawang, cili boh, separuh santan, garam, daun limau purut, serai ditumbuk dan gula Melaka. Kacau sehingga sama rata.
4. Masak hingga mendidih kemudian kecilkan api untuk renehkan. Masukkan ayam dan kacau sehingga sama rata.
Masukkan ayam dan reneh
5. Teruskan kacauan semasa reneh sehingga sos menjadi pekat dan hampir kering tetapi masih lembap sedikit. Keseluruhan proses akan mengambil masa kira-kira 90 minit, jadi sabarlah.
Terus kacau
6. Masukkan separuh daun kunyit dan semua kerisik. Kacau untuk 5 minit lagi.
7. Bila siap, masukkan rendang ayam ke dalam bekas hidangan dan hiasi dengan baki daun kunyit. Hidang dengan lemang, nasi impit, nasi atau roti lembut.

 

kredit: resepi nanie

Resepi Rendang Sarawak

RESEPI RENDANG SARAWAK

Bahan A
1 ekor ayam/ 1 kilo daging
Santan (1 biji kelapa)
4 helai daun kunyit (dihiris halus)
Kerisik (1/2 biji kelapa)

Bahan B
1 inci halia (dikisar)
4 biji bawang merah (dikisar)
10 biji bawang putih (dikisar)
½ camca tepung kunyit
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk jintan manis
2 batang serai (ditumbuk)
Beberapa biji cili padi (ikut selera sendiri)

Cara:
Cuci ayam/daging sampai bersih. Tos kan.
Gaulkan semua bahan B dengan ayam / daging.
Masak ayam/daging sehingga keluar air ayam/daging itu sendiri. Masuk kan santan sedikit demi sedikit.
Selepas itu masuk kan kerisik dan daun kunyit.
Pastikan ayam/daging masak sampai empuk dan masuk kan garam dan ajinomoto(orang sarawak memang guna perasa) mengikut citarasa sendiri.
Akhir sekali biar kan air santan kering dan padam kan api apabila ayam/daging sudah benar2 masak.

kredit : sedaptube

Resepi Rendang Terengganu

resepi rendang Terengganu

BAHAN

4 ekor ayam
Daun kunyit 7 helai- hiris
Daun limau purut 10 helai -hiris
Bawang merah 15 biji-kisar
Bawang besar 8 biji- kisar
Bawang putih 1 labu-kisar
Kunyit 3 inci-kisar
Halia 3 inci-kisar
Lengkuas 3 inci-kisar
Serai 7 – 10 batang -kisar
Cili hidup 10 tangkai-kisar
Cili padi 5-10 tangkai-kisar
Cili boh 3 sudu makan
1 ketul/keping besar gula melaka
Santan 1 liter
Air 600 ml
Kerisik
Asam keping
Garam
Gula
 
Cara-caranya

1. Tumiskan bahan bahan yang telah dikisar sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan gula Melaka dan masak hingga gula Melaka cair dan rata bersama bahan tumisan.

2. Masukkan santan dan air, gaul rata dan didihkan untuk seketika. Apabila santan sudah mendidih , masukkan ayam. Gaul rata dan biarkan sehingga ayam masak. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan ayam hangit. Tambah air jika perlu.

3. Apabila ayam sudah masak, masukkan asam keping, garam dan gula (jika perlu). Kacau rata dan biarkan seketika. Masukkan kerisik untuk memekatkan kuah rendang.

4. Taburkan daun kunyit dan daun limau purut…gaul rata, tutup api. Sedi dinikmati bersama lemang dan nasi impit.
 
 
 
kredit : rasa.my
 
 

Resepi Rendang Johor

Bahan Bahan

  • Seekor ayam dibersihkan
  • 1 cawan santan
  • 4 sudu kerisik
  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
  • Daun kunyit dicincang halus
  • Daun limau purut di ramas ramas

Bahan Bahan Untuk Dikisar

  • 10 tangkai cili kering
  • 5 tangkai cili merah
  • 3 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar biji ketumbar

Cara Cara Memasak

  • Tumiskan bahan bahan yang telah dikisar hingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam dan gaul rata. Biar hingga ayam separuh masak dan masukkan santan dan kerisik.
  • Perasakan dengan garam dan gula. Kacau rata dan biar hingga ayam masak.
  • Masukkan daun kunyit dan daun limau purut dan matikan api.

Resepi Rendang Ayam 

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
1 labu bawang besar (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
2 batang serai dititik
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 biji santan
2 asam keping
Kerisik
Gula melaka
Garam
2 helai daun kunyit(hiris halus)

Bahan-bahan blended:

30 tangkai cili kering(rebus dulu)
3 inci kunyit hidup
3 inci halia
3 inci lengkuas

Cara-cara masak:

1.Panaskan minyak.tumis bawang blended & serai hingga naik bau.masukkan serbuk jintan putih & jintan manis.kacau rata.
2.Masukkan bahan-bahan blended(cili kering,kunyit hidup,halia & lengkuas).
Biar sampai pecah minyak.
4.Masukkan ayam dan gaul rata.
5.Masukkan santan dan kecilkan api.
Masak hingga ayam masak.
6.Masukkan kerisik,asam keping,gula melaka dan garam.masak hingga rendang pekat/sedikit kering.
7.Tabur daun kunyit dan tutup api.

Resepi Rendang Tok

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
1 labu bawang besar (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
2 batang serai dititik
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 biji santan
2 asam keping
Kerisik
Gula melaka
Garam
2 helai daun kunyit(hiris halus)

Bahan-bahan blended:

30 tangkai cili kering(rebus dulu)
3 inci kunyit hidup
3 inci halia
3 inci lengkuas

Cara-cara masak:

1.Panaskan minyak.tumis bawang blended & serai hingga naik bau.masukkan serbuk jintan putih & jintan manis.kacau rata.
2.Masukkan bahan-bahan blended(cili kering,kunyit hidup,halia & lengkuas).
Biar sampai pecah minyak.
4.Masukkan ayam dan gaul rata.
5.Masukkan santan dan kecilkan api.
Masak hingga ayam masak.
6.Masukkan kerisik,asam keping,gula melaka dan garam.masak hingga rendang pekat/sedikit kering.
7.Tabur daun kunyit dan tutup api.

kredit : Adnilsam Apat

Resepi Rendang Ayam Kampung

Bahan bahan:
2 ekor ayam
1 kg bawang merah – hiris
3 labu bawang putih – hiris
4 inci halia – hiris
4 inci lengkuas – tumbuk
2 inci kunyit hidup – tumbuk
4 batang serai – titik
4 senduk cili kisar – ikut suka pedas
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
4 kg santan
2 keping asam keping – ikut rasa
Garam
Gula
Daun kunyit – opsyenal
Sedikit kerisik – opsyenal utk warna gelap
 
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing.
 
Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja.
 
Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.
 
kredit : azie kitchen
 
Itu  sahaja 10 aneka rendang yang umi dapat kongsikan.Raya tahun ni teringin nak buat Rendang Ayam Hijau atau rendang Tok.. Sebab umi pernah rasa rendang ayam hijau yang kakak ipar pernah buat.sedap betul.So tahun ni umi nak buat rendang hijau.
 
(Visited 1,381 times, 6 visits today)

5 thoughts on “10 Aneka Rendang menu hari raya patut cuba

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.